Selangkah lagi buat Mohd. Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas 2016.
Tanggal 16 Februari tahun lepas menjadi tarikh keramat menyaksikan lampu simbah terarah kepada Mohd. Faiz
Susulan jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ sewaktu membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, populariti Mohd Faiz bukan sahaja meledak secara mengejut.
Malah sekali lagi menjadi sebutan hangat setelah tercalon dalam Anugerah Puskas yang akan berlangsung di Zurich pukul 6 petang waktu Switzerland, esok atau bersamaan waktu Malaysia pada 1 pagi Selasa.
Memetik laporan BH Online, tegas Mohd. Faiz yang berusia 30 tahun, dia tidak mahu tenggelam dengan populariti tersebut, sebaliknya ingin menjadikan situasi itu sebagai batu loncatan dalam kerjayanya di arena bola sepak tanah air.
Mohd. Faiz, yang akan bersaing dengan dua lagi pencabar iaitu pemain Brazil, Jonath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela, dijangka tiba semula di tanah air pada Rabu, 11 Januari ini pukul 3.15 petang.
Difahamkan klip video jaringan ajaib Mohd Faiz itu, yang pertama kali dimuat naik FIFATV pada 21 November lalu melalui YouTube, setakat ini ditonton lebih 2.3 juta kali, manakala jaringan Marlone dan Rodriguez masing-masing ditonton hanya lebih sejuta kali.
Ayuh, seluruh rakyat Malaysia sama-sama kita doakan kejayaan Mohd Faiz dalam Anugerah Puskas yang akan berlangsung kurang 10 jam daripada sekarang.- CARI
Wow.... sebenarnya saya merasa bangga lah sebab dia nak pakai baju Melayu + samping kalau boleh bawa kris plastik sekali letak kat pinggang, nampak segak.
Lagi bagus kalau ada offer masuk liga eropah, tapi umur pun dah 30an maka jadi jaguh kampung je lah nampaknya.
faiz dah cakap..dia x nak pakai baju melayu sebab cuaca sejuk sangat..
harap jangan la kecam dia..sebab dia bukan biasa cuaca sejuk..
pakai baju melayu...jenuh belapis2 dalam pun x tentu tahan lagi woooo