CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2159|Reply: 4

Daripada Teguk Ubat Batuk, Baik Rawat Dengan Bahan Semula Jadi Ini!

[Copy link]
Post time 10-1-2017 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Batuk adalah penyakit umum yang pasti pernah dialami semua orang yang disebabkan beberapa faktor dalaman dan juga luaran.


Kebiasannya kita merawat batuk dengan mengambil ubat batuk sama ada yang disarankan doktor atau mendapatkannya sendiri di farmasi berdekatan. Namun, anda harus tahu ubat batuk yang diambil perlu bersesuaian dengan jenis batuknya. Tidak boleh sembarangan diambil.


Sebenarnya, mengubati batuk boleh dilakukan dengan bahan semula jadi yang anda boleh dapati dengan mudah hanya dari dapur anda sahaja.



1. Bawang Putih
Sumber foto: Huffington Post


Bawang putih amat berkesan dalam merawat segala jenis penyakit batuk. Dengan mengunyah seulas bawang putih, bakteria yang ada di dalam tekak dapat dikeluarkan selain memudahkan kahak untuk keluar dari dalam paru-paru.


Anda boleh makan bawang putih dengan madu untuk mengurangkan rasanya yang kelat. Bawang putih juga baik untuk menghangatkan tubuh selain merawat sakit perut atau masuk angin.


2. Halia

Sumber foto: http://www.infusionesmedicinales.com


Halia merupakan bahan alami yang mampu mengatasi batuk berkahak mahupun batuk kering. Racik sedikit halia dan dimasukkan ke dalam secawan air suam.


Minuman halia membantu tubuh kekal hangat sekaligus membantu merangsang tekak mengeluarkan kahak dengan lebih mudah.



3. Kunyit

Sumber foto: Carian Internet



Kunyit merupakan ubat batuk kering yang efektif kerana mengandungi kurkumin, antioksida aktif yang cukup kuat, antiradang, antivirus, serta antibakteria yang mampu menjaga ketahanan tubuh.


Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam air suam dan kacau sebati. Ambil minuman ini 2 kali sehari, dan untuk rasa yang tidak terlalu pahit, anda boleh tambah sedikit madu ke dalamnya.




Selain tiga bahan di atas, anda boleh juga minum air asam jawa. Lebih baik merawat batuk dengan bahan semula jadi daripada mengambil ubat bercampur bahan kimia yang memungkinkan anda mendapat kesan sampingan di kemudian hari, bukan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 05:19 PM | Show all posts
Benda2 yang kena jadi amalan kalau sekali sekala je guna lambat berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah try kicap satu sudu besar + limau. Tak  berkesan. Tapi kat oranglain berkesan plak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 08:52 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 10-1-2017 06:19 PM
I pernah try kicap satu sudu besar + limau. Tak  berkesan. Tapi kat oranglain berkesan plak.

eh i baru nk tulis tips ni.

so far i guna menjadi. maybe dgn u, x serasi.

i byk guna petua2 semulajadi bila guna ubat hosp/klinik utk 7-10 tp x beksan.. kalau hri ke 11 still batuk, i consume alternatif semulajadi.

air asam jawa x brpe mjadi.

kicap + limau nipis, so far ok

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 11-1-2017 08:52 AM
eh i baru nk tulis tips ni.

so far i guna menjadi. maybe dgn u, x serasi.

Kat cousin i pun berkesan. Hari tu i try sebab batuk teruk sangat, ubat batuk pun tak lut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.188904 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list