"Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu."
Demikian pengakuan Elfira Loy yang kini sudah bersedia sepenuhnya untuk mendirikan rumah tangga. Namun, masalahnya adalah masih belum ada lelaki yang berjaya membuka hati Elfira.
"ada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta," ujarnya kepada mStar Online.
Pelakon, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, menafikan dia sudah menguburkan hasrat mahu bercinta seperti kebanyakan gadis lain kerana sudah bergelar usahawan yang aktif.
"Ramai orang cakap saya terlalu kerja kuat untuk kejar duit hingga tidak mahu bercinta. Tapi cinta tidak akan datang pun kalau saya duduk sahaja di rumah, lebih baik saya bekerja," jelasnya.
Menurut Elfira, dia kini bahagia dengan kehidupan sebagai seorang usahawan kerana kehidupannya lebih bebas daripada terikat dengan jadual perfileman.
Sumber foto: IG Elfira Loy
"Saya temui satu kehidupan baru yang lebih baik. Saya boleh melalui hari-hari saya seperti orang lain kerana kehidupan kecil saya seawal usia 12 tahun saya sudah bekerja sebagai pelakon.
"Bila saya berehat untuk belajar dan kemudian memulakan bisnes, saya rasa seronok. Berlakon bukan kerjaya saya tapi ia adalah minat semata-mata," katanya.
Selepas ini, habislah rumah Elfira kena serbu dengan peminat yang betul-betul mahu menjadikannya sebagai suri hati ke? - CARI |