CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4177|Reply: 23

Kecewa Tak Dijemput Ke AJL31, Dr Vida Mengamuk Luah Perasaan Pada Sayang-sayang

[Copy link]
Post time 23-1-2017 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Kasihan Dr Vida, kecewa betul dia apabila tidak dijemput ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam sehingga tak mahu menonton AJL31 yang ditayangkan di TV3 malam semalam.









Menerusi entri di laman sosial Instagramnya semalam, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan Dr Vida meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dijemput ke AJL31 walaupun telah menaja program berkenaan selama dua tahun.

"Sayang. Setelah dua tahun taja AJL, tak ada seat untuk saya?

"Sayang rasa macam mana? Cer citer," tulisnya.





Foto: IG Dr Vida



Dalam masa sama, Dr Vida turut memuat naik sekeping gambar memaparkan berita mengenai dirinya itu yang ditulis akhbar tempatan, Utusan.


Masih lagi kecewa dengan situasinya itu, Dr Vida memuat naik sebuah video di laman Instagramnya untuk meluahkan isi hatinya. Dalam video itu, Dr Vida mengandaikan dia tidak dijemput ke malam kemuncak AJL31 kerana dia tidak lagi menaja program berkenaan.





Video: Youtube/IG Dr Vida



Entri berkenaan kini tular di laman sosial, malah pelbagai reaksi netizen dapat dilihat menerusi komen mereka.




Foto: FB Mynewshub



Foto: IG Dr Vida




Kasihan Dr Vida tiada tempat duduk untuk dia semalam. Anda rasa, patutkah Dr Vida tidak dijemput ke AJL31 semalam? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 12:50 PM | Show all posts
Attention seeker.. IG, FB semua channel dia nak cakap pasal 'no seat'..
Then kata tak kisah pun tak kena invite sedangkan expression muka tu obvious sgt sentap
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
So mlm tadi siapa yg taja?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 12:54 PM | Show all posts
Kau fikir kau siapa?
Kau fikir kau raja?

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 12:58 PM | Show all posts
bagus gak muka dia ni tak de kat AJL13...kalau tak spoil mood je nak tgk AJL13...naik menyampah n semak kat TV ja....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 01:00 PM | Show all posts
"Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE - See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/dr-vida-bengang-tidak-dijemput-ke-ajl31-malam-ini-1.434811#sthash.qZY0qKRn.dpuf

dah taja pastu mengungkit... bangga n selok kere taja maksiat ... kalau tgk dr gaya tu alim sgt gaya nye ...puuuiiii.. hijabstyle
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2017 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau pun bukan reti nak behave. Asal bercakap jer keluar nama produk kau. Promote walaupun bukan slot promosi. Tanya pasal lain ujung2 kait dgn produk. Hahaha. Ingat org tak bosan ke. Tau la marketing, tp biar lah ada ruang utk benda lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 01:11 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 23-1-2017 12:54 PM
Kau fikir kau siapa?
Kau fikir kau raja?


dia fikir dia dah tahap  glamour cam artis

di mana ada artis..di situ dia WAJIB ada....

esok2...ko tgk pulak Dato' Herbs tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 01:12 PM | Show all posts
batman_2007 replied at 23-1-2017 01:05 PM
Kau pun bukan reti nak behave. Asal bercakap jer keluar nama produk kau. Promote walaupun bukan slot ...

ntahnya...bosan aku tengok
kalau bercakap, tak reti nak stop
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 23-1-2017 12:54 PM
Kau fikir kau siapa?
Kau fikir kau raja?

Elok tujukan lagu no katdie...suruh mawi dgn sol nyanyi drpan muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 03:00 PM | Show all posts
Edited by ctsueraya at 23-1-2017 03:01 PM

setakat datang MEMEKAK promote produk, TAK PAYAHLAH EKKK
baik ko duk ngaji depan laki ko


-matilaa charut datuk VIDA kan)
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 03:40 PM | Show all posts
Tapikan mmg terasa bila dia takda semalam. Rasa macam tak havoc. Macam sendu je. Walaupun dia bingit dan menjengkelkan tapi benda-benda macam tu yg akan membuat org bercakap dan suasana akan jadi havoc serta panas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 03:43 PM | Show all posts
semak lah muka ko dr vida....tak ada pun tak pe....bosan dah tgk ko tergedik gedik..laki ustaz kononnye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 03:53 PM | Show all posts
dah jadi satu komitmen pulak nk bg ko seat setiap tahun... da tau xdpt, nk pegi sgt, buat muka x malu lah gi mintak pass tiket tu...
agak2 kalo dpt seat pon, pastu camera x tnjk langsung muka dia... agak2 dia meroyan gak x?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ot sat. viral dh jd kongsi tular ek? Pelik doh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 05:32 PM | Show all posts
kesian sayang2 vida ni. sis tumpang kasihan jela yg boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik menyampah dgn dia ni... try hard sngt bk tunjkkkn diri
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 08:45 PM | Show all posts
seloka"Tiada Seat Untuknya"

Tuk Seri Vida punya cerita,
ramai yang puji banyak yang cerca,
tak  dijemput ke AJL tivi tiga,
buat dia mengamuk tak tentu punca

katanya dulu dia dah taja sakan,
takkan la cepat  benor dia  dilupakan,
beri alasan pulak yang bukan-bukan,
tak dak seat hatta atas tangga dalam dewan?

katanya dia tak heghan..
baik dijemput atau dipinggir kan,
tapi yang buat orang lain heghan,
kalau ye tak heghan awat ko meroyannn..?

diulang sebutnya segala tajaan,
yang dulu disumbang kini dilupakan,
kata tulus lagi ikhlas itu sumbangan,
tapi disebut diungkit jua dalam luahan perasaaan.

bawakla releks bawaklah bertenang,
setakat anugerah AJL takyahla nak bengang,
diluah diungkit segala bagai sumbangan
elok-elok kumpul pahala, dah terbang melayang

biarlah tak dijemput dek orang,
biarlah tak ada seat untuk ko seorang,
bukan mengecilkan pun ko punya pinggang,
baik ko releks sambil togok  pamoga sebalang

jangan difikir tv3 yang tak mengundang,
dia orang tu memang mudah lupakan  orang,
tunggulah saat dia orang dah terkebelakang,
masa tu nanti ko pun kembali dijulang

redho manusia tak usah dicari,
baik dicari redho Illahi,
adat manusia dilupa, dibenci,
ampunan Ilahi..sewajarnya dicari....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 23-1-2017 01:11 PM
dia fikir dia dah tahap  glamour cam artis

di mana ada artis..di situ dia WAJIB ada....: ...

DatoHerbs tu now officially memang ARTIST/PELAKON pun..siap 1st movie dah jadi HERO. Coming to cinema near yoouuuuu    
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 12:34 PM | Show all posts
esteryen replied at 24-1-2017 06:45 AM
DatoHerbs tu now officially memang ARTIST/PELAKON pun..siap 1st movie dah jadi HERO. Coming to cin ...

adoi.....
rupanya bini dia pun sama naik ya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063169 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list