CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2719|Reply: 5

Etika Menghadiri Majlis Perkahwinan

[Copy link]
Post time 26-1-2017 09:51 AM | Show all posts |Read mode


Apabila anda menerima undangan untuk ke majlis perkahwinan, pastinya bermain di fikiran anda baju yang sesuai untuk dipakai ketika majlis tersebut. Lagi-lagi jika sahabat baik anda atau ahli keluarga anda yang bakal berkahwin, anda mesti sudah merancang pemilihan baju beberapa bulan lebih awal dari tarikh majlis perkahwinan. Untuk menghadiri majlis perkahwinan, ianya turut ada beberapa etika yang perlu anda ketahui.
  • anda perlulah memakai baju yang sesuai apabila menghadiri sesuatu majlis perkahwinan. Bagi lelaki, pakailah baju traditional ataupun kemeja atau tshirt yang berkolar di samping seluar slack. Janganlah anda memakai tshirt tanpa kolar kerana ianya nampak kurang sesuai untuk menghadiri majlis perkahwinan. Untuk kaum wanita pula, anda juga harulah memakai baju yang sopan kerana majlis tersebut dihadiri oleh ramai tetamu dari pelbagai peringkat umur.
  • ketika anda sampai di majlis perkahwinan, bersalam lah dengan orang yang berada di bahagian pintu masuk dan memperkenalkan diri anda. Kebiasaannya orang yang berada di pintu masuk adalah ahli keluarga pengantin.
  • sekalipun anda sedang lapar, anda haruslah beratur dan sabar ketika mengambil makanan untuk menghormati tetamu lain yang sedang mengambil makanan.
  • elakkan ketawa terbahak-bahak bersama dengan rakan atau ahli keluarga yang lain. Hormati juga tetamu-tetamu lain yang hadir.
  • anda juga dinasihatkan agar tidak memakai warna baju yang sama seperti pengantin. Pakailah mengikut warna tema bagi majlis perkahwinan tersebut.
  • untuk wanita, janganlah berhias sampai orang lain tidak dapat membezakan antara pengantin dengan tetamu.
  • apabila anda ingin berangkat pulang,jumpalah dengan keluarga pengantin terlebih dahulu dan bersalaman. Ucapkanlah terima kasih kerana telah menjemput anda menghadiri majlis perkahwinan anak mereka.


Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2017 10:30 AM | Show all posts
...paling tak sesuai menghadiri majlis perkahwinan jika pakai jeans lusuh dan tshirt atau jersi bola.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 10:53 AM | Show all posts
I teringat kawan i dulu attend wedding of our friend pakai short dress. Sebabnya lepas wedding tu sheols kata nak terus pergi shopping mall
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 11:42 AM | Show all posts
dah jadi trend pulak perempuan pergi wedding sekarang pakai jeans n blouse or shirt.pd aku kalau attend wedding tetap kena pakai baju tradisional dan rasanya lebih sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana la adapnye yerrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 07:46 PM | Show all posts
generasi sekarang banyak dah lupa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.064112 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list