View: 3199|Reply: 31
|
Pelajar Politeknik Dikhuatiri Lemas Di Cherating Masih Belum Ditemui
[Copy link]
|
|
Percutian tujuh sekawan bertukar pilu apabila seorang remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Cherating, Kuantan, petang semalam.
Foto: Kuala Lumpur Post
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, remaja berkenaan yang juga pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSAS) Shah Alam, Selangor, bersama enam rakannya datang ke pantai itu untuk berehat sempena cuti Tahun Baharu Cina.
"Mereka dikatakan mandi di pantai itu kira-kira jam 2 petang (semalam) sebelum mangsa dipercayai hilang selepas dipukul ombak besar.
"Rakan mangsa cuba mencari mangsa namun tidak berjaya sebelum mereka menghubungi polis untuk bantuan," katanya kepada BH Online.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu penduduk setempat.
Menurut BH Online, jurucakap bomba memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.49 petang dan bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera bersama lima anggota.
"Kami percaya mangsa ditarik ombak ketika mandi berdasarkan keadaan ombak besar semasa operasi SAR dijalankan.
"Sehingga jam 8.30 malam tadi, mangsa masih belum ditemuii dan operasi akan disambung hari ini," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
time mcm ni pergi mandi.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergi mandi kolam je dikk oiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
ronapink replied at 30-1-2017 04:17 AM
pergi mandi kolam je dikk oiii..
kolam kalau ada sperm bokeh ngandung sis kalau ada orang berak tahi terapung akan berlaku trauma sepanjang hayat |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha..
ppprt sangat kolam tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
KUANTAN - Mayat seorang pelajar politeknik di Shah Alam yang dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Cherating Lama di sini semalam, ditemui kira-kira pukul 7.15 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Muhammad Iman Saufi Shaari, 20, dijumpai kira-kira 5 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas akibat ditarik ombak.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut keluarga untuk urusan pengebumian," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Muhammad Iman Saufi yang berasal dari Taman Wahyu, Kuala Lumpur dipercayai datang ke bercuti ke sini dengan enam rakannya dan mereka dikatakan mandi di pantai itu semalam.
Kehilangan mangsa disedari oleh rakan-rakannya sekitar pukul 2.15 petang dan mereka membuat laporan polis selepas gagal mencari mangsa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata operasi mencari mangsa dimulakan pada pukul 4.30 petang sebelum dihentikan pada pukul 6.30 petang dan disambung semula pagi ini.
Operasi menyelamat juga mendapat bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Pantai cheating tu org tak mandi dikkk...yg korang gigih mandi bagai tu dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
tt updated tajuk/..
dah ada forumer tolong bawa berita terkini..
wartawancari tau buka thread pas2 ke laut la... |
|
|
|
|
|
|
|
Kt situ ombak kemain kuat lg..sekali ombak datang libas pinggang mau tersungkur..mcm mane la boleh mandi kt situ..innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
air paras buku lali.....
unless pergi jauh ketengah lah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-1-2017 05:32 PM
air paras buku lali.....
unless pergi jauh ketengah lah.....
Budak2 camtu tak denye nak mandi kat air paras buku lali jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak seronok2 terus bertukar jadi duka hiba yg tragis..
|
|
|
|
|
|
|
|
5km.. jauh jgk tu di bawa ombak... |
|
|
|
|
|
|
|
TT sila lah bangun tido update tajuk.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Changa at 30-1-2017 10:40 PM
CARI-MAL replied at 30-1-2017 11:15 AM
Percutian tujuh sekawan bertukar pilu apabila seorang remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai ...
Lemas di pantai bukan sebab ombak besar, reporter bapok ini mmg guna template sama jah bila buat berita dasar pemalas.
Sundal2 yg lemas ini di sebab kan rip current, sampai bila pun ummah akan bodoh pasal bahaya rip current jnu sebab paper akan salah kan ombak besar, if anything nak mandi kat pantai, area berombak lebih selamat dari area yang nampak air tenang dek. So jangan.jadi bimbo
Sebab itu biasa yg lemas ini orang luar, those yg tinggal dekat pantai tahu dos and donts |
|
|
|
|
|
|
|
Changa replied at 30-1-2017 10:38 PM
Lemas di pantai bukan sebab ombak besar, reporter bapok ini mmg guna template sama jah bila buat ...
RIP current tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah cuba mandi kat pantai cherating nun. Nasiblah umur panjang. Takziah buat keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bab lemas kat Cherating ni mmg fav si senah.....
nanti dia post drawing rip current tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|