CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11772|Reply: 138

Kenderaan Peronda JPJ Jatuh Dalam Parit Jadi Bahan Lawak Netizen

[Copy link]
Post time 2-2-2017 11:14 AM | Show all posts |Read mode






Sejak semalam, beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabas jatuh ke dalam parit mula tular di media sosial.


Kejadian itu dipercayai berlaku di jalan Nenasi Rompin, Pahang sekitar jam 6 petang semalam.


Beberapa saksi memberitahu bahawa peronda JPJ Pahang tersebut sedang mengejar dua budak lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Semasa berlakunya kejar-mengejar, kenderaan peronda itu tiba-tiba hilang kawalan hingga terbabas ke dalam parit berhampiran jalan.






Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina.


"Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya.

"Kita cuba mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan kita gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini.







"Jangan disangka air yang tenang tiada JPJ, itulah antara komen gurauan dari netizen yang menganggap kejadian ini sebagai lucu. Namun tidak kurang juga yang bersimpati dan mendoakan keselamatan anggota JPJ tersebut.







Bagaimanapun, dua anggota JPJ tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaan itu setelah dibantu oleh penduduk kampung. - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 11:23 AM | Show all posts

dalam kampung macam tu pun ko nak berkira ke pakai helmet ke tidak..aduii kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
poyo.. saje nak tunjuk kuasa la tu nahh mendapat masuk parit.. cian bebudak kg tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkataan ligan tu kelakar jg lama tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau polis ke jpj ditimpa kemalangan, org susah skit nak simpati
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:03 PM | Show all posts
bebaru ni ada utube bideo budak rempit buat superman then kena kejar dengan JPJ..
siap kena nganjing lagi..
tapi bideo sekerat je tak tau apa jadi lepas tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tomatome replied at 2-2-2017 11:33 AM
poyo.. saje nak tunjuk kuasa la tu nahh mendapat masuk parit.. cian bebudak kg tu

Melayu kjer krjaan gred rendah mmg lahabau. Jpj ni gred 17 je lpasan spm. Btol la ada komen org jpj ni bdk kg je result spm biasa je tpi rezeki dpt kjer gomen jdi penguatkuasa lak tu, tu poyo smacam
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:04 PM | Show all posts
tak kan benda kemalangan mcm ini jadi bahan lawak..??? di mana peradapan kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 12:04 PM | Show all posts
Mcm xdak keja lain dah..punyala luas pahang tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenaai tu area org Asli kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jpj dah boleh tukar nama jd jpjp - jabatan pengangkutan jalan & parit
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:44 PM | Show all posts
x kira la kampung ke ulu banat ke, kalau dah melanggar peraturan boleh bahayakn nyawa sendiri dan mungkin juga org sekeliling, bukan ke dah jatuh berdosa perbuatan tu...

tak faham aku dgn org yg mengaku islam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:46 PM | Show all posts
orang tu buat kerja, ditimpa kemalangan, dimakinya...mana kita tau kebetulan JPJ tu nak pergi cari lori hantu, nampak budak2 tu, ditegurnya budak2 tu, budak2 tu pulak menganjing balik, JPJ tu dengan niat nak kejar sampai rumah, nak bagi nasihat dekat mak pak budak2 tu, yeala kalau dah eksiden nanti mak pak budak tu salahkan JPJ sebab tak bagi nasihat kat budak tu....

sejak kes MyVi hitam halang laluan ambulan tempohari, aku sokong JPJ untuk setengah tahun ni  
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 01:05 PM | Show all posts
krustykrab replied at 2-2-2017 12:44 PM
x kira la kampung ke ulu banat ke, kalau dah melanggar peraturan boleh bahayakn nyawa sendiri dan mu ...

ntah la natizen otak sempit ni, kang dah mati katak memasing baru nak pecah mulut longkang kwasan takde pantauan pihak berkuasa. otak mcm anjing juga natizen mcm ni, tahu menyalak je bila org buat kerja yang langgar peraturan.


ingat lagi kes lori besar lalu jln kampung jadi laluan utama, dah ade nyawa kena ragut baru nak salahkan pihak tetentu. 4 tahun active jln utama lori nape takde org ngadu sblm tu. mentaliti memasing hauk
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 01:13 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 2-2-2017 12:38 PM
jpj dah boleh tukar nama jd jpjp - jabatan pengangkutan jalan & parit


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
wnwa05 replied at 2-2-2017 11:23 AM
dalam kampung macam tu pun ko nak berkira ke pakai helmet ke tidak..aduii kan dah mendapat

Sebab kat kampung memang tak akan eksiden kan sis kan?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 2-2-2017 12:44 PM
x kira la kampung ke ulu banat ke, kalau dah melanggar peraturan boleh bahayakn nyawa sendiri dan mu ...

Akak setuju dengan sis krusty. Ada pulak tu yang komen jalan kampung pun nak berkira ke. Akak was like, helllloooooooo.....  :
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 01:23 PM | Show all posts
adakah cash elohim di gongxifachai?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 2-2-2017 01:23 PM
Akak setuju dengan sis krusty. Ada pulak tu yang komen jalan kampung pun nak berkira ke. Akak was  ...

Ye sis, yg komen jpj kejor tu melayu, kalau cina jpj buat x nmpk je nmpk sgt nk rasis pulak...

Eh mat, ko islam ke bukan? kalo ko islam ko x tulis pakai pala lutut....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 01:28 PM | Show all posts
budak dua org tu mesti ketar lutut kot2 akan dicari hga ke liang lahad..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.062406 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list