Bernama melaporkan kerajaan negeri Johor semalam, menafikan mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor seperti ditularkan di laman sosial.
“Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali,” kata Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani.
Azmi turut mengulas tweet seorang lelaki di Twitter berhubung makluman kepada rakyat Johor agar segera mendapatkan kad berkenaan sekiranya masih belum berbuat demikian.
Foto: FB Suara Rakyat Johor / Internet
Jika dilihat pada kad identiti itu, turut dipaparkan adalah nombor identiti Bangsa Johor di bawah nombor kad pengenalan Malaysia.
Bukan itu sahaja, kad itu kononnya boleh berfungsi sebagai kad debit untuk membuat pembayaran.
Pada bahagian belakang kad pula tertera alamat pemegang kad serta nama waris terdekat, malah terdapat penyataan bahawa kad itu digunakan sebagai pengesahan pengenalan Bangsa Johor. - CARI |