CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7114|Reply: 59

‘Sapu’ Semua Kerja Bukan Kerana Tamak – Haiza

[Copy link]
Post time 3-2-2017 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Bintang Duo Star, Haiza menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya tamak kerana menerima terlalu banyak tawaran bekerja.

Haiza, 37, berkata, dakwaan tersebut mugkin timbul kerana dia sering dilihat di kaca televisyen dan suaranya sering kedengaran di corong radio.
"Alhamdulillah, rezeki anak. Saya bukannya tamak, tetapi mungkin kerana saya bekerja di radio dalam masa sama menyertai program Duo Star, jadi orang nampak saya 'back-to-back'.
"Saya bukanlah orang yang tamak dan 'sapu' semua job, tetapi saya tengok juga mana yang sesuai dan tidak. Asalkan kerja tersebut tidak mengganggu waktu kerja saya dikonti, saya akan terima.
"Setakat ini, saya tidak ada masalah untuk membahagikan masa untuk kerja dan keluarga," katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Haiza dan pasangannya Epul bakal berkaksi di pentas akhir Duo Star yang akan bersiaran pada Ahad ini.
Mengulas tentang perkara tersebut, Haiza memberitahu dia dan Epul sedikit pun tidak menyangkan akan ke pentas akhir kerana saingan hebat daripada peserta lain.
"Bukan nak kata apa, saingan hebat-hebat dan dapat ke pentas final pun sudah cukup baik untuk kami berdua.
"Kami hanya melakukan yang terbaik untuk para peminat yang tidak jemu-jemu memberikan semangat serta datang menyokong kami pada setiap minggu," katanya.
Turut bertanding merebut gelaran juara sulung Duo Star pada Ahad ini ialah pasangan Syamel & Ernie, Awi Rafael & Kaka serta Ayai & Firman.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 manakala naib juara RM50,000 berserta trofi.

Terdahulu, pasangan duo terbaik mingguan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 tajaan Aurawhite dan baucar Go Shop bernilai RM1,000.
Duo Star bersiaran pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria HD (104) dan Ria HD (123).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dulu haiza helmi ni yg pakai tudung labuh ke yg pnah masuk af? Wahhh kemain skrg ye dgn color rambut mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:11 AM | Show all posts
boylondonn replied at 3-2-2017 10:09 AM
Bukan dulu haiza helmi ni yg pakai tudung labuh ke yg pnah masuk af? Wahhh kemain skrg ye dgn color  ...

ko salah org ni dik...

AF tu Haliza Helmi.. yg ni Haiza yg dulu penyanyi dangdut tu dik... zaman2 maya matahari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
boylondonn replied at 3-2-2017 10:09 AM
Bukan dulu haiza helmi ni yg pakai tudung labuh ke yg pnah masuk af? Wahhh kemain skrg ye dgn color  ...

Tu heliza la
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 3-2-2017 10:11 AM
ko salah org ni dik...

AF tu Haliza Helmi.. yg ni Haiza yg dulu penyanyi dangdut tu dik... z ...

Ohh yah ingat.. Yg nyanyi lagu ser ser ser kan kak?? Sedap lagu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:49 AM | Show all posts
Cantik haiza sekarang. Baru perasan dia sekarang gojes masa dalam GV
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2017 12:13 PM | Show all posts
boylondonn replied at 3-2-2017 10:16 AM
Ohh yah ingat.. Yg nyanyi lagu ser ser ser kan kak?? Sedap lagu tu.

yg tu ifa raziah.. haha.. lagu dia dag dig dug tu

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 12:21 PM | Show all posts
ok la tu, rejeki dia tgh byk job... jgn la nak mendengki pulak. at least haiza ni tak lah annoying sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka haiza...baik berlakon (xkayu)...menyanyi...dj...
suara boleh cari makan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik haiza sekarang... meletoppsss....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarla si haiza ni...dah ada job, rembat je. Lagipun, dia ok2 sahaja..xde la annoying. N dia bila makeup hias semua, sgt lawa hokay
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 01:59 PM | Show all posts
oklah tu good for her.. Berjaya buktikan bakat secara live since gv..dari sendu terus naik balik.. org tamak kan utg sbb dia dapat ape yg dia nak.. tp yg ni bukan tamak tp rezki..sbb dia keja keras utk capai tahap ni..bukan mudah saing ngan junior..1-2 single dh meletop viral..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi haiza tlg la kurangkan mengilai kat radio.bingit ok
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka haiza ni. Sbb sheols betul2berbakat. Makin terserlah bakatnya sejak gv2
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:25 PM | Show all posts
rezeki masing-masing kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:27 PM | Show all posts
semenjak dia repair gigi berlapis dia.. makin lawa.
dengan dimple dua belah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rezeki sooo apa salahnya ambik
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:34 PM | Show all posts
sejak masuk duo star tu nampak makin cantik pulak dia ni, rezeki betul haiza ni dpt jd DJ kool fm pastu masuk duo star pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal sume yg masuk GV sume jd cantik balik. Nmpk nau ada duit semua jadi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 03:53 PM | Show all posts
rasa dia penah buat statement ambik job2 ni utk pastikan dia sentiasa disedari dlm industri...dia bukan retis kelas A...kalo diam je tunggu show setahun 1 2 kali...nnt org akan lupa dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.311570 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list