View: 12074|Reply: 121
|
[Tempatan]
24 individu didakwa mencuri duit Maybank berjumlah RM36 juta.
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x614. |
Sebahagian daripada 24 individu termasuk 13 sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad berjumlah RM36 juta, tiga tahun lalu. FOTO Yazit Razali
KUALA LUMPUR – Seramai 24 individu termasuk 13 sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencuri wang milik Maybank Berhad yang kesemuanya berjumlah RM36 juta tiga tahun lalu.
Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 23 hingga 62 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka.
Dua daripada tertuduh merupakan penjawat awam manakala bakinya peniaga, pekerja swasta atau bekerja sendiri.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyalahguna wang milik Maybank Berhad berjumlah RM36 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank masing-masing.
Jumlah paling rendah dicuri dalam setiap transaksi ialah RM9,894.86 manakala jumlah paling tinggi RM4,567,683.26.
Difahamkan, penyalahgunaan wang itu dilakukan menerusi manipulasi sistem perbankan dalam talian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank 100 di Jalan Tun Perak di sini antara Oktober 2014 dan Januari 2015.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sebelum menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Senarai tertuduh:
Baharudin Selamat, 61
Zulhilmi Mat Nayan@Ahmad, 34
Shafi Ismail, 44
Mohd Azhar Baharom, 32
Hamsah Selamat, 59
Hairol Azali Mohd Yusof, 43
Nor Azuan Shafie, 41;
Nur Jamaaton Baharuddin, 27
Noraishah Nasarudin, 28
Nor Ashikin Nasarudin, 33
Noorasmahwati Nasarudin, 37
Salisa Essah, 38
Norsyahira Fazira Hamzah, 23
Norhayati Mohd Nor, 46
Nasarudin Ali, 62
Zulfieka Fareez Hamsah, 28
Alias Mohamad, 55
Ahmad Shazni Mat Hassan, 34
Hasril Hassan, 43
Mohd Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39
Mohamad Najib Khamis, 40
Hafiz Dahlan, 37
Mohd Azmi Md Ishak, 38
Harun Mohd Yusof, 32
http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4Y7kB4qwG
Quote:
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahu makan masa 3 tahun atau lebih nak selesai kes ni. Banyak pula tu OKT nya. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana dia org boleh curi duit bank??? nak tau jugak |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya.... how die manipulate tu.... org dlm gak le haha |
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah paling rendah dicuri dalam setiap transaksi ialah RM9,894.86 manakala jumlah paling tinggi RM4,567,683.26.
berbaloi ke dakkk? |
|
|
|
|
|
|
|
semua mereka makan berus bulu babi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow.camne diorang manipulate? |
|
|
|
|
|
|
|
patot semunya gemok & berkerak |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 pun ada kes camni kan?
tapi laki tu buat sorang? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana drangtipuduit maybank ni? dgn cara curik duit orgmcmscammer afrika tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
curi bitcoint lg bagus.. sebab illegal.. ibaratnya curi dadah.. kalau report polis pun dah sure dadah salah..
sama juga bitcoint.. setahu akak msh illegal bitcoint di malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kes hsbc la.... Staff curik duit penumpang mh370
Mentang2 le gomen blom jmpe lagi mh370, sedap2 je ko curik duit depositor |
|
|
|
|
|
|
|
"Dua daripada tertuduh merupakan penjawat awam manakala bakinya peniaga, pekerja swasta atau bekerja sendiri"
Takde plak mention salah seorgnya org dalam or pekerja maybank. Mcm mana diorg manipulate sistem??? |
|
|
|
|
|
|
|
premier...
reckon... ini kes yang sama la kan --
ni pun curi duit penumpang yang dah 'mati' - hilang MH370 juga kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada tred psl kisah 'penumpang' mh370 ni.mmg staff bank pi songlap duit mangsa mh370 tu
tp yg kes meybeng ni, iols enggak pasti sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm org dalam je, orang IT mungkin boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
premier...
saya rasa case ni yang curi duit penumpang MH370 la..
sebab teringat ada read the news about it few years ago
re: orang yang steal tu --- kerja maybank -- dan
penumpang yang 'hilang' tu -- ada accounts kat that particular maybank
as well - if i am not mistaken -- she stole it and also mcm sort of
transfer certain amounts pada kaum kerabat dia juga --
tu yang ramai anak beranak punya nama tu --
however - that's only my take - possibly totally different case, though --
|
|
|
|
|
|
|
|
anak beranak nasarudin paling ramai. bagus. berkongsi kekayaan anak beranak. x makan sorang |
|
|
|
|
|
|
| |
|