View: 5057|Reply: 50
|
Asalnya Cuma Kegemaran Isteri, Kini Lelaki Ini Buka Kedai Sewa Novel
[Copy link]
|
|
“Menyewa novel ini bukan pendapatan utama saya, hanya sebahagian daripada amalan kebajikan kepada masyarakat."
Memetik laporan malay mail online, Khairulnizam Khamis berkata, pada asalnya novel-novel itu dibeli sebagai hadian kepada isterinya Nurhafisah Harun yang merupakan seorang peminat tegar sastera popular.
Demi cinta, Khairulnizam rela menghabiskan RM5,000 untuk mendapatkan 400 buah naskhah buat isteri tersayang.
Kini, bekas tentera itu memulakan perniagaan menyewa novel popular sejak 1 Februari lepas dan setakat ini sudah mempunyai 500 koleksi novel yang diletakkan di kedai alat perkakasannya di Masjid Tanah, Melaka.
Bapa kepada lima orang anak itu berhasrat menambah jumlah novel yang dimilikinya sebanyak 2,000 naskah.
Atas sokongan isteri, tegasnya perniagaan sewa buku itu bukan satu usaha yang merugikan kerana nilai buku itu sendiri tidak pernah ditelan zaman. - CARI
sumber foto: http://www.ummi-online.com |
|
|
|
|
|
|
|
geli nak sewa novel takut ada org yg bawak baca novel dalam jamban masa teran berak |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih suka beli novel sebab nak dijadikan koleksi. Lagipun hat sewa sewa nih tak semua orang treat buku dengan baik. Geram tengok buku berlipat sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus le dari biar je berabuk elok juga disewakan boleh juga tambah duit |
|
|
|
|
|
|
|
risau x pulangkan je..
xkan nk letak tracking GPS kt buku kot
x berbaloi
|
|
|
|
|
|
|
|
sastera ke benda novel alaf 21 tu..
harap bini dia bukan acik acik berangan hidup happily ever after... |
|
|
|
|
|
|
|
Byk gila buku..
Dia ltak2 barcode ke kat setiap buku utk org sewa..sng sikit nk cek..
Msti lama duk situ nk pilih2 buku mana nk baca |
|
|
|
|
|
|
|
Lg bgus sewa dr beli. Mkin lama mkin banyak terkumpul kt umah. Slalunya kedai yg sewakan akan caj jumlah besar sbg deposit. Bila pulang br dpt blik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by shuk_one at 22-2-2017 12:55 AM
dulu2 suka g sewa buku kat kedai, tapi tak tahan kena bayar full amount harga buku tu..then masa return dia akan tolak lah 2.00 ke 5.00 ... then return balance |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 21-2-2017 05:07 PM
geli nak sewa novel takut ada org yg bawak baca novel dalam jamban masa teran berak
Laaa....tak sangka kau pun penggeli mcm akak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu gambar dia ke?....
Mcm bukann je sbb dia kan askar pencen kannn...
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 21-2-2017 07:16 PM
Laaa....tak sangka kau pun penggeli mcm akak.....
kihkihkih serius teringat ingat kalo org bawak g jamban |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi hakcipta cm ne lak? |
|
|
|
|
|
|
|
Big bad wolf terima tak baucar buku
|
|
|
|
|
|
|
|
owh .. kira mahal juga tu
tak pernah jumpa kedai sewa buku
selalu beli atau pinjam dari library ja
|
|
|
|
|
|
|
|
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mulanya-tanda-cinta-isteri-kini-sewa-novel-rm2-seminggu
KUALA LUMPUR, 21 Feb — Awalnya novel-novel ini dibeli atas permintaan isteri, seorang peminat tegar sastera popular, tetapi kini sebuah disewakan RM2 seminggu.
Cinta kepada isterinya itu sekarang dicurahkan sebagai sebahagian kerja kebajikan kepada peminat novel, bukan menyewa untuk mengejar keuntungan.
Khairulnizam Khamis, 44, memulakan perniagaan menyewa novel popular sejak 1 Februari lepas kerana khidmat percuma mungkin tidak dihargai orang.
“[Menyewa novel] ini bukan pendapatan utama saya, hanya sebahagian daripada amalan kebajikan kepada masyarakat.
“Tapi bukan percuma nanti tiada nilai,” katanya kepada ProjekMMO semalam.
Setakat ini bekas tentera itu sudah mempunyai 500 koleksi novel terkenal tanah air yang diletakkan di kedai alat perkakasannya di Masjid Tanah, Melaka.
Bapa kepada lima orang anak itu berhasrat menambah jumlah novel yang dimilikinya sebanyak 2,000 naskah.
Kisah bekas tentera itu yang memulakan khidmat sewa buku agak unik. Novel-novel itu asalnya dibeli sebagai hadiah kepada isterinya Nurhafisah Harun, 36.
Demi cinta, Khairulnizam rela menghabiskan RM5,000 untuk mendapatkan 400 buah naskhah.
“Isteri saya memang suka baca novel sebelum tidur,” katanya, yang mengambil masa sebulan untuk mengumpul kesemua koleksi novel yang diinginkan isterinya.
Namun, ketika mengumpul novel, peniaga perkakasan rumah itu banyak menerima maklum balas tentang harga novel daripada peminat sastera popular itu.
“Kalau RM20 sebuah, sebulan boleh baca lima, maka RM100 kena keluar,” kata bekas kapten itu lagi.
“Tetapi apabila menyewa hanya RM2, kalau lima buah buku baru RM10, jadi 90 peratus sudah boleh jimat dan boleh guna tujuan lain, terutama untuk pelajar.”
Mendapat sokongan isteri, beliau tidak merasakan perniagaan sewa buku itu usaha merugikan kerana nilai buku itu sendiri tidak pernah ditelan zaman.
“Buku tidak pernah busuk, walau kulit bersepai tapi isinya tetap sama, jadi kita cuma perlu keluar sekali saja modal, dan tiada melibatkan kos penyelenggaraan,” katanya.
** FC : kalau dah banyak kali di sewa .. tetap juga akan busuk
Khairulnizam memiliki semua novel yang diminati ramai. Walaupun sudah lama dicetak dan berada dalam pasaran, ia masih mendapat permintaan tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
i suka beli novel dan memilki dari menyewa but untuk jimatkan okay gak cara ni . macam konsep lib tapi berbayarlah kan.
tapi sekarang ni majalah pun dah ada e -version senang sikit |
|
|
|
|
|
|
|
idakamaruddin replied at 21-2-2017 05:40 PM
risau x pulangkan je..
xkan nk letak tracking GPS kt buku kot
Takpe jer tak pulangkan pun... akan kira cam beli sbb kita dah byr dulu harga buku tu... kalo kita return dia bagi la balance tu... kalo tak, kira hangus jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|