|
PETALING JAYA: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas dirempuh komuter berhampiran Stesen Komuter Kampung Datuk Harun, di sini, hari ini. Mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Rahim Osman, 76, dan beralamat di Kampung Changkat Cermin, Ayer Tawar, Perak.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.29 malam dan menggerakkan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba Jalan Penchala ke lokasi kejadian. "Mangsa dipercayai tercampak kira-kira dua meter dari landasan selepas dirempuh tren komuter itu.
"Mangsa, seorang pemegang kad OKU putus kaki kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba sejurus kemudian," katanya di sini, hari ini. Mohd Sani berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/252577
|
|