CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5098|Reply: 42

[Tempatan] Pelajar Malaysia mati lemas di New Zealand

[Copy link]
Post time 27-2-2017 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 27-2-2017 06:15 PM

Pelajar Malaysia 21 Tahun Dari Kedah Mati Lemas Di New Zealand

BY FAROUQ JOHARI — 27 FEB 2017
Mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat hari ini setelah hilang sejak semalam.

Cover image via SAYS via Stuff

Satu ketika, dia sedang bergambar di Tasik Karapiro. Kemudian, dia terus hilang dan tidak dapat dikesan.

Pencarian seorang lelaki berusia 21 tahun yang hilang pada Ahad, 26 Februari 2017 telah dibatalkan apabila cuaca mula gelap pada sebelah petang. Namun, penyelam polis menemui mayat pada tengah hari keesokan harinya (hari ini).
6c45
Image viaMark Taylor/Fairfax NZ
Rakan serumah, Amar Rafaee berkata mangsa, Abdul Azim Amzar (atau Am) meninggalkan Flat Hamilton East bersama 4 rakan lain untuk berbasikal di sepanjang Hamilton River Trail sebelum beliau lemas

Dipercayai, pelajar kejuruteraan mekanikal dari Malaysia itu meminta salah seorang rakannya untuk mengambil gambar beliau sedang terapung di atas permukaan tasik.

Menurut Amar, sejurus selepas rakannya mengambil gambar, tiba-tiba mangsa menjerit dan terkapai-kapai meminta pertolongan. Katanya lagi, beberapa orang yang berada berdekatan kawasan itu cuba untuk menyelamatkan mangsa.
B15f
Beberapa orang rakan mangsa berada di tempat kejadian.
Image viaMark Taylor/Fairfax NZ
Difahamkan, Tasik Karapiro merupakan sebuah lokasi yang popular dan selamat untuk berenang

959c
Tasik Karapiro.
Image viaAccommodation Cambridge
Ahli Majlis Daerah Waipa, Liz Stolwyk berkata sebahagian kawasan tasik adalah zon berenang yang selamat untuk keluarga.

"Daripada apa yang saya faham, mangsa dikatakan berenang di bahagian selatan, tetapi ditemui di bahagian lain. Bermakna, ada kemungkinan mangsa terkeluar daripada zon selamat yang menyebabkan beliau lemas," kata Liz.

Liz juga berkata tasik ini selalunya tenang dengan kedalaman yang agak cetek dan tidak merbahaya.

"Pada masa ini paras air sangat rendah iaitu pada pada paras lutut. Ramai anak kecil berenang di kawasan ini kerana ia cetek," katanya lagi.
Dalam pada itu, Amar Rafaee memberitahu bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi rakannya itu untuk pergi berbasikal ke Tasik Karapiro

"Saya tidak tahu jika dia adalah perenang yang baik, tetapi dia memang boleh berenang.

"Terdapat sekumpulan penduduk Malaysia yang agak besar di sini kira-kira 70 orang. Kami kenal setiap seorang daripada mereka. Jadi, sudah menjadi rutin yang normal bagi rakan-rakan saya untuk berbasikal ke Tasik Karapiro," ujar Amar.

Mangsa merupakan pelajar di Universiti Waikato sejak setahun yang lalu.
3318
Universiti Waikato, New Zealand.
Image viaWaikato Institute of Education
Ibu bapa mangsa telah sedia maklum terhadap kejadian malang yang menimpa ke atas anak mereka. Kedua-dua mereka kini dalam perjalanan ke New Zealand.

25c1
Image viaUniversiti Kuala Lumpur/Facebook
Sumber: stuff.co.nz
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara Abdul Azim Amzar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.

http://says.com/my/seismik/pelaj ... emas-di-new-zealand

Al-Fatihah.Takziah buat keluarga mangsa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya ko dik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah......
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah dek
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
LaksamanaBentan replied at 27-2-2017 06:12 PM
Pelajar Malaysia 21 Tahun Dari Kedah Mati Lemas Di New Zealand

BY FAROUQ JOHARI — 27 FEB 2017

Selayak nya lah, hadap sangat nak pose swag walaupun tak pandai berenang.
Demi likes kan? Sanggup innalillah kau dek  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2017 07:57 PM | Show all posts
tajaan mara ke jpa ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Air cetek paras lutut

Jangan pernah percayakan air...air ni masa sikit mmg seronok...tapi bila banyak silap2 mengandung eh silap2 lemas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 08:01 PM | Show all posts
Innalillah. Takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 27-2-2017 07:57 PM
tajaan mara ke jpa ni


Mara  

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihi rojiun.. salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 10:06 PM | Show all posts
Panik kot....kadang yg reti berenang pun boleh terkapai2...innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 11:13 PM | Show all posts
Al-Fatihah...dan takziah pada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Takziah utk keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 11:28 PM | Show all posts
sedeynya ....
salam takziah wat family aruah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm bebudak outdoorsy je gayanya..org cam gini pantang nampak xtreme mulalah pose mcm2 nak bergambo..moga gumbira dn dicucuri rahmat ko di sana dik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 12:39 AM | Show all posts

jenazah akan dibawa balik ke malaysia ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 02:13 PM | Show all posts
takziah.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 03:50 PM | Show all posts
innalillah...


tempat ni  cantik


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 03:53 PM | Show all posts
takziah..harap keluarganya tabah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list