View: 1668|Reply: 8
|
Rasuah Hartanah Negeri Johor, Seorang Lagi Suspek Ditahan SPRM
[Copy link]
|
|
Seorang lagi suspek ditahan dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan membabitkan hartanah di Johor menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit hasil pendapatan.
Memetik laporan Bernama, penahanan individu itu menjadikan jumlah suspek yang ditahan sejak 24 Februari lalu meningkat kepada tujuh orang.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), individu berusia 46 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu ditahan kira-kira jam 9.45 pagi, dan akan ditahan reman selama tujuh hari.
Pegawai SPRM turut merampas beberapa dokumen berkaitan daripada suspek.
Jumaat lepas, enam individu ditahan dalam siasatan yang didakwa rasuah dan penyelewengan terbesar hartanah di negeri itu.
Dalam operasi khas di sekitar bandar raya itu, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000, termasuk mata wang asing dan dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Selain itu, kira-kira 45 akaun bank dianggarkan lebih RM15.5 juta telah dibekukan.
Difahamkan skandal rasuah hartanah tersebut menarik perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Baginda mahu kes ini disiasat secara menyeluruh agar pihak yang terlibat dibawa ke muka keadilan. - CARI
sumber foto: mstar |
|
|
|
|
|
|
|
pelaku tu kaper ka yislum tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
... kata @silencekiller kat tred Kitsiang, Pencurik A tangkap Pencurik B ... |
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 1-3-2017 12:20 PM
pelaku tu kaper ka yislum tuh?
Dapig katanya, sebab tu @silencekiller mati2 kutok Kitsiang |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah berleluasaaa.. money is king katanya.. nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa exco yg kena murka tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
jilake......... nie semua agenda halus @spiderman80 nak pinggirkan umat suci malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat marhaen sedut berjuta juta, pemimpin berbilion bilion....adil .
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|