Baru-baru ini di laman sosial tersebar luas sebuah video berhubung seorang pemandu kereta dibelasah teruk oleh sekumpulan orang akibat keretanya terlanggar sebuah motosikal di Lebuhraya Pantai Baru.
Menurut laporan NSTP, kejadian tersebut berlaku pada 14hb bulan lepas kira-kira pada pukul 2 pagi.
Dilaporkan, ketika itu, sekumpulan orang menyerbu ke arah pemandu kereta terbabit sambil membelasahnya dengan teruk dalam masa lebih seminit hasil keretanya terlanggar sebuah motosikal.
Semasa teruk dibelasah, pemandu tersebut dimaki hamun sambil dipersoalkan oleh kumpulan samseng itu, " mabuk ke awak?"
Dilaporkan pemandu kereta itu dibelasah sampai tidak sedar diri dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Manakala penunggang motosikal yang dilanggar dan pemboncengnya turut dihantar ke hospital akibat cedera parah.
Bagaimanapun, menurut pihak polis, pemandu yang dibelasah itu bukan memandu dalam keadaan mabuk sebaliknya disebabkan terlalu penat kerana kerja lebih masa sehinggakan tertidur ketika memandu.
Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang membelasah orang turut akan disiasat juga.- CARI
Post time 5-3-2017 08:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tuh la pasal orang pesan kalau jadi camtu kalau boleh terus je ke balai polis buat report.. Sebabnya kalau berhenti takut kejadian mcm kat atas tuh jadi.. polis belum sampai orang ramai dah belasah ko sampai nyawa2 ikan...
Post time 5-3-2017 08:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
And ppl were asking apahal polis tak reveal nama amoi yg langgar 8 org budak tu.
Itu baru langgar cedera. Kalau langgar mati aku rasa bukan amoi tu je yg mati kena bunuh. Dgn seluruh keturunan dia sekali kena balas dendam. Ramai org suka ikut undang2 hutan ni