CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5372|Reply: 29

[UPDATED] Tayangan Filem Beauty and The Beast Di Malaysia Ditangguhkan Kerana Wa

[Copy link]
Post time 13-3-2017 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Apai90 at 14-3-2017 10:30 AM

PETALING JAYA: Tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia yang sepatutnya bermula pada 16 Mac ini ditangguhkan.

Pengedar filem itu The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd memberitahu kajian semula secara dalaman punca penangguhan tayangan filem itu di negara ini.



Bagaimanapun tiada penjelasan lanjut mengenai perkara itu atau pun tarikh baharu tayangan filem berkenaan.

Malah jurucakap Disney ketika dihubungi pada Isnin juga enggan mengulas mengenai penangguhan itu.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.




Ia mendapat reaksi pelbagai daripada penggemar filem itu malah sebuah panggung wayang di Alabama, Amerika Syarikat turut mengharamkan filem itu daripada ditayangkan.

Rusia turut melarang kanak-kanak dibawah usia 16 tahun daripada menonton filem itu.

Ia menampilkan bintang terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).



Beauty And The Beast adalah filem animasi klasik Disney yang turut dicalonkan dalam Anugerah Akademi menerusi kategori Filem Terbaik pada 1991.

Emma juga menerima kecaman apabila tampil seksi sebagai penghias muka depan majalah Vanity Fair.

Ditangguhkan atau dibatalkan tayangan, netizen Malaysia  nyata tidak gembira dengan berita ini















Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... vm6DH7tRaBVl0lMe.99


UPDATED:




Lembaga Penapisan Filem (LPF) menafikan dakwaan pihaknya sengaja menunda tayangan filem Beauty and The Beast yang sepatutnya ditayangkan 16 Mac ini.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah meluluskan filem tersebut untuk ditayangkan namun penundaan tayangan itu bergantung kepada penerbit filem lakonan Emma Watson dan Dan Stevens itu.

“LPF meluluskan filem itu untuk ditayangkan setelah memotong beberapa babak yang mengandungi adegan sensitif seperti homoseksual.

“Mengapa filem tersebut ditunda, itu perlu tanya pihak penerbit filem itu sendiri. LPF tidak mempunyai apa-apa masalah setelah potongan babak dilakukan,” katanya.

Filem muzikal itu sepatutnya ditayang 16 Mac depan ditunda berikutan ada adegan yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat.

Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menunggu dengan penuh harapan untuk menonton filem arahan Bill Condon.

Difahamkan filem tersebut akan ditayangkan pada 30 Mac ini.

Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 06:40 PM | Show all posts
hmmm boleh bisnes ni

ggu kluar yang baik punya pastu download....jual kat org RM20... bluray jual RM40
1000 org beli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 06:42 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 13-3-2017 06:40 PM
hmmm boleh bisnes ni

ggu kluar yang baik punya pastu download....jual kat org RM20... bluray jual ...

Hahaha berdoalah memang dibanned terus.. Sekali cuma ditangguhkan je
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apai90 replied at 13-3-2017 06:42 PM
Hahaha berdoalah memang dibanned terus.. Sekali cuma ditangguhkan je

nk tangguh sampai bila pelakon gay bertaubat? atau mati?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 13-3-2017 06:44 PM
nk tangguh sampai bila pelakon gay bertaubat? atau mati?

Hahahaha  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:49 PM | Show all posts
pencuri movie jap lagi keluar...

1000 click pencuri movie 5 us dollar..

satu orang download movie kena 20 click  advertisement
perlukan 50 orang untuk dapat  5 us dollar

satu orang mahu2 download 5 movie..  modal hosting website domain name.. file movie letak di website percuma  atau cloud storage percuma..

at the end of the day tak kurang 5000 usd sebulan..

cerdik tapi ada pekara teknikal kaka tak tahu.. coming soon insya allah.. siapa nak bagi 5000 usd  tanpa keluar peluh di muka?

dah tua2 boleh tunjuk kt cucu, nenek dapat epf hasil pirate online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada watak gay ke?
Rasa dulu tgok..mcm normal je semua watak dlm tu..ke aku xperasan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pospon la lama sikit...lepas exam bole brjimba tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gay je pon.. Apa salah gay?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg gay?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:24 PM | Show all posts
Luke Evans gay. tapi dalam citer ni dia straight

in reality. GAY!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sis @Changa n sis &famri7 membantah tindakan yg tdk berperikemanusian ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pilem  ni cite pasal bestiality.ewwwwwwweeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
alang2 nak ban movie nih.. ban laa sekali makhluk2 gay drpd tinggal di tanahair nih.. geez.. paranoid much

Takut benor dgn gay.. yg rasuah, pelacuran, salah guna kuasa, sumbang mahram okay pulak dibiarkan berleluasa :zz
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 11:10 PM | Show all posts
Betul ke pasal gay? Rapuhnya sexuality ummah malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hanakikan replied at 13-3-2017 10:24 PM
Luke Evans gay. tapi dalam citer ni dia straight

in reality. GAY!

Bf luke evans elok x uol? Kan elok klu dia kapel ngan matt bomer.hhehe...suka tgk matt bomer dlm muvie pasal HIV tu...very der menghayati watak.mcm jd diri sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Baru 19 Tahun Laki laki ini Dah Ada Empat Bini
http://www.lintas6.com/2017/01/w ... ada-empat-bini.html

Anak ini sepak ibu sebab tak dapat main telefon bimbit,Lihat apa yang terjadi
http://www.lintas6.com/2017/01/d ... ebab-tak-dapat.html
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 12:08 AM | Show all posts
dinopower replied at 13-3-2017 10:25 PM
sis @Changa n sis &famri7 membantah tindakan yg tdk berperikemanusian ini

lol sangat


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:27 AM | Show all posts
Ala...dah la trtunggu2 nk tgk filem nie dri 2 thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Torrent ada. 123movies pun ada
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076560 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list