Bila si kecil meragam sakit tekak dan batuk-batuk atau terjangkiti virus selesema, ibu mana yang tidak risau, bukan? Jangan risau, ada bahan semula jadi boleh digunakan sebagai ubat batuk untuk anak kecil.
Foto: health - cepamagz.com
Mungkin ramai tak tahu bahawa nanas juga berkesan melegakan batuk si manja. Jom tengok macam mana nak buat ubat batuk dengan sebiji nanas!
Cara membuatnya:
1. Buang kulit nenas dan durinya seperti biasa
2. Potong dadu supaya mudah dikisar. (Kalau ada fruit processor lagi senang). Terpulang jika mahu hancurkan sekali bahagian tengah atau batangnya.
3. Kisar sampai halus, kemudian ditapis hampasnya.
4. Tapis sekali lagi dengan penapis yg lebih halus.
5. Masukkan ke dalam botol kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk.
6. Campur dengan madu apabila mahu diberi kepada anak. Boleh guna picagari untuk lebih memudahkan (lebih kurang 3ml).
Foto: FB Norashikin Bt Hasan
Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut-turut dan selepas itu boleh dibuang. Biasalah, ubat semula jadi tiada bahan pengawet dan mudah rosak. Ubat ini sesuai bagi bayi berusia enam bulan ke atas.
Menarik, bukan? Tetapi jika anda kurang yakin dengan cara ini, boleh dapatkan ubat batuk dari klinik atas nasihat doktor. - CARI
Kredit resipi: FB Norashikin Bt Hasan |