CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1954|Reply: 9

Rumah Dibina Dalam Masa 24 Jam, Hanya Dengan Kos Hampir RM45,000 Sahaja

[Copy link]
Post time 20-3-2017 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Menakjubkan! Apis Cor, sebuah firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), mampu membina sebuah rumah seluas 400 kaki persegi dalam tempoh 24 jam yang menempatkan satu ruang terbuka, tandas, rumah tamu dan dapur yang kecil tetapi berfungsi penuh cekap.


Memetik laporan portal berita Metro UK, ia merupakan syarikat pertama yang berjaya membangunkan mesin pencetak 3D mudah alih, sekali gus membolehkan ia mencetak sebuah bangunan di lokasi yang dikehendaki.


Dilaporkan bahan-bahan yang digunakan boleh bertahan sekurang-kurangnya 175 tahun, dan hanya menelan kos sebanyak AS$10,134 (kira-kira RM44,969) – termasuk kos segala kelengkapan asas.


Rumah pertama Apis Cor berbentuk ibarat igloo masyarakat Eskimo di kawasan pedalaman Kutub Utara itu dibina di kota Rusia, Moscow.


Ini adalah kali pertama dalam amalan pembinaan di Rusia, cetakan dibuat sebagai sebuah rumah berbanding panel-panel yang dicetak terlebih dahulu sebelum dipasang kemudian.


Syarikat itu menyatakan, pihaknya yakin ini adalah langkah pertama untuk ke pasaran pembinaan masa depan, yang akan tertumpu kepada teknologi cetakan 3D.- CARI

sumber foto: Metro UK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
3D printing bakal merevolusikan pelbagai industri sis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:09 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 20-3-2017 12:14 PM

menariknye....jakun kejap....




Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 20-3-2017 12:09 PM
menariknye....jakun kejap....

Hahahaha! Tengkiu! Baru nak buka YouTube cari 3D printing...dah ada dalam benang ni  
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 05:51 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 20-3-2017 05:24 PM
Hahahaha! Tengkiu! Baru nak buka YouTube cari 3D printing...dah ada dalam benang ni

hehe...sharing is caring...tp 2D style je la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 20-3-2017 12:09 PM
menariknye....jakun kejap....

3d printing tu mcm mn? Saya tak pandai sgt bi.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 06:05 PM | Show all posts
kos rm44 ribu
masuk malaysia jadi rm88 ribu

bukan leh caya ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 06:09 PM | Show all posts
finesse replied at 20-3-2017 05:57 PM
3d printing tu mcm mn? Saya tak pandai sgt bi.

manja pun bukan phm sgt..tp mcm dlm youtube tu..mmg kena ade software 3D..& mesin pencetak 3D...baru bleh jalan..
mesin pencetak tu cetak 1 lapis atas 1 lapis..mcm buat kek lapis gituww......
katala kite nak reka bentuk 3D guna plastik..jadi mesin tu akan cairkan plastik..tu..mcm hot glue..& mula la "membina"...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 06:17 PM | Show all posts
Kat mana tempat nak buat anak...tak kan nak mendoggie tengah dining hall...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:37 AM | Show all posts
wow..... boleh print 3D tohan zeus   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051198 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list