CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2791|Reply: 19

Jemaah Wanita Sedang Sujud, Beg Tangan Dilarikan Pencuri

 Close [Copy link]
Post time 20-3-2017 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Seorang jemaah wanita berusia 54 tahun menjadi sasaran pencuri tegar apabila beg tangan wanita itu yang diletakkan di hadapan sejadah dilarikan seorang lelaki muda ketika solat di Masjid An-Nur, Guar Perahu malam Sabtu lalu.


Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, mangsa seorang pegawai teknologi maklumat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kerugian lebih RM800.


Begnya mengandungi wang tunai RM350, telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank serta lesen memandu, kata beliau.


Menurut Nik Ros Azhan, wanita itu baru saja balik dari menghadiri kenduri di Pokok Sena dan singgah di masjid itu untuk menunaikan solat Maghrib.


"Wanita itu meletakkan beg tangannya berwarna merah di hadapan sejadah dan selepas selesai solat menyedari begnya tiada lagi di situ."

"Berdasarkan semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati seorang lelaki yang memakai helmet bervisor telah menunggu di tepi pintu masjid."


Difahamkan pihak polis sedang usaha mengesan lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 20-an itu giat dijalankan termasuk mendapatkan rakaman CCTV di sekitar kawasan berkenaan.- CARI

sumber foto: static.panoramio.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 10:45 AM | Show all posts
kena beringat..kelalaian mengundang padah

nx time pkaai beg dalam mcm talipinggang boleh letak fon, duit etc..nk gi solat bawak segala apa benda byk2 bwk yg penting je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau sembahyang kat mana2, tak berani letak kat depan tempat nak sujud.....  
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Haishhh... masjid pun boleh curi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 20-3-2017 10:45 AM
kena beringat..kelalaian mengundang padah

nx time pkaai beg dalam mcm talipinggang boleh letak fo ...

Kau sendiri pulak dah berapa tahun tak jejak kaki kat surau dik?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:50 AM | Show all posts
kaktomlima replied at 20-3-2017 10:49 AM
Kau sendiri pulak dah berapa tahun tak jejak kaki kat surau dik?

kaki aku nk jejak kt muka kau dulu baru pi surau ..bole?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 20-3-2017 10:50 AM
kaki aku nk jejak kt muka kau dulu baru pi surau ..bole?

Marah yer dik? Kita orang pompuan tak wajib ke surau dik.

Lebih afdal dirumah sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:54 AM | Show all posts
kalo singgah solat memana masjid, hanbag sorok dalam bonet...kunci kete letak kocek...

tapi baju kurung zaman sekarang, mana nak ada kocek..

padahal benda tu laa penting time2 mcm ni....

p/s: still ada kocek sehingga kini..dan sgt membantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 10:55 AM | Show all posts
kaktomlima replied at 20-3-2017 10:54 AM
Marah yer dik? Kita orang pompuan tak wajib ke surau dik.

Lebih afdal dirumah sahaja.

dah tau nape bagi soklan bodo..kan dah kena


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 20-3-2017 10:55 AM
dah tau nape bagi soklan bodo..kan dah kena

Kaktom test kau dik, trrnyata orang kurang solat, cepat marah.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
aTiKah_aYuNi replied at 20-3-2017 10:54 AM
kalo singgah solat memana masjid, hanbag sorok dalam bonet...kunci kete letak kocek...

tapi baju  ...

Kalau naik bas dik? Lrt? Teksi? Uber? Hanbag sorok kat mana dik? Celah kankang kau?

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:01 AM | Show all posts
kaktomlima replied at 20-3-2017 10:57 AM
Kaktom test kau dik, trrnyata orang kurang solat, cepat marah.

ko sendiri tu yg kurang solat..hati busuk. igt smua hati busuk mcm kau jgak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 20-3-2017 11:01 AM
ko sendiri tu yg kurang solat..hati busuk. igt smua hati busuk mcm kau jgak.

Ternyata kau cepat marah, kaktom yakin sejadah kau dah berabuk bersawang lama tak guna.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:06 AM | Show all posts
kaktomlima replied at 20-3-2017 11:03 AM
Ternyata kau cepat marah, kaktom yakin sejadah kau dah berabuk bersawang lama tak guna.




lalalala...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:10 AM | Show all posts

marah jgn lalalala dik,ambik wudhu, itu pesan nabi dik.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakiselit at 20-3-2017 11:17 AM

@tongkatwaran75

Satu contoh yg hang kata, reporter CI cilok tajuk tret org lain.

https://mforum.cari.com.my/forum ... 034993&mobile=2

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 11:20 AM | Show all posts
tak guna..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:30 AM | Show all posts
Kalau dah namanya pencuri, kat mana-mana pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
barang penting duit, kunci ,kad kad hd fon letak kat beg pingang je.letak dlm baju labuh .selamat dr lihat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 20-3-2017 11:49 AM
Ellohim tak nak tolong ker?..
Die sujud PAdanya...
Hak dia dicurik...[/b ...

ALLAH S.W.T maha mengetahui, kenapa dia x tolong? Sbb ALLAH S.W.T tau hambanya mampu menghadapi ujian tu. Orang yang mencuri tu bukan akan terlepas, kalau terlepas didunia la, tggu je di AKHIRAT.

tak terima xpe, ni yang ISLAM ajar. Qada n Qadar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.257303 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list