CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16727|Reply: 99

Sering Ditawarkan Watak Orang Tua, Dynas Mokhtar Merajuk Dengan Dunia Lakonan?

[Copy link]
Post time 21-3-2017 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Agak lama rasanya tidak melihat kemunculan Dynas Mokhtar, 34 menghiasi drama-drama di televisyen.


Disebabkan itu, ada pihak yang mendakwa dia sudah tawar hati untuk berlakon, namun pelakon ini menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.


Foto: IG Dynas Mokhtar


"Saya memang hendak berlakon malah ada banyak juga tawaran tetapi sering diberikan watak seorang emak dan wanita lebih berusia daripada umur saya sekarang, jadi saya selalu tolak," katanya kepada mStar Online.


Tambah selebriti cantik ini lagi, mungkin dia akan kembali berlakon jika ada yang menawarkan watak yang berbeza dan sesuai dengan dirinya.


Walaupun tidak berlakon dalam drama, namun aktres ini bakal muncul dengan tiga buah filem tidak lama lagi.

Foto: IG Dynas Mokhtar


Bukan sebagai watak utama, namun Dynas berpuas hati kerana peranan yang diberi menepati kehendaknya.


Mengulas mengenai perkahwinan pula, dia belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shazrin.


“Tiada ke arah perkahwinan lagi buat masa ini dan jika ada jodoh Insya-Allah. Paling penting buat masa ini adalah anak-anak saya dan ingin beri mereka masa menyesuaikan diri terlebih dahulu."


Sebelum ini Dynas pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 dan dikurniakan dua orang anak namun bercerai pada 25 Februari 2014.



Foto: IG Dynas Mokhtar



Apa-apa pun kita doakan sahaja kebahagian Dynas dan semoga berjaya dalam apa jua yang diceburi. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 11:47 AM | Show all posts
bape umur dynaz ni..?

dah mmg DYnaz kan emak2....takkan nak watak gadis remaja pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 11:50 AM | Show all posts
Kalau dia bawa watak mak kepada Miasara atau Balqis tu memang sesuai la dengan umur dia.
Yang tak logik kalau dia jadi mak kepada Nelydia, Zahira McWilson atau Aiman Tino.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Then groom urself to look younger lah.. org bukannya casting sukati je, opkos nak ambik kira byk benda.. especially if u look like a mother to teenager n adult, org smua offer ko watak berusia, patutnya take note.. bukan sorg dua kot yg offer watak cmtu, else ko blh lh anggap tu masalah org yg buat casting.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:04 PM | Show all posts
kan sbg pelakon kena cuba pelbagai watak....ok le tu...

kut boleh menerima watak jadi sb kakak ke, mak sedara ke..agaknya ok untuk dia.
mak2 tak mo lah

ntah2 nak terima watak sb pasangan kekasih, pakwe makwe gitu....valid lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
opkos la terasa..isteri partner cemolot dapat heroin..dia dpt watak mak2..padahal umo lebih kurang..mana xterasanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 12:28 PM | Show all posts
Contohilahh marissa yasmin and liza shahdan malah jasmin hamid pun pegang watak mak2 kpd prlakon remaja atau dewasa sikit di kala theyols baru umur 35++

And ke3 3 pelakon hebat ni dah buktikan karier theyols maintain jahhh ...sentiasa ada dlm industri ...berebut2 produser tawarkan depa berlakon walaupun pegang watak mak sajor......tp berjaya memvariasikan mencorakkan watak mereka
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:30 PM | Show all posts
dah tu ko nak watak baru lepasan spm ke????? ala2 danish daniel??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal muke dia nampak pelik?
Ke makeup dia yg pelik...

Betul,dia kena tukar her stail makeup, rambut ker.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:33 PM | Show all posts
tp features ngan dressing dia mmg mcm makcik2..
boleh geng ngan luna maya yg nampak mcm dah 40s walau dua2 baru 34 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:35 PM | Show all posts
Dah tu, nak bawak watak baby??
Ke nak caras watak2 yg dipegang Balqis dan Miasara?


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi heroin lettew
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:41 PM | Show all posts
mungkin dynas nak watak dalam cite sayang papa saya tak..ditimang-timang oleh hisyam hamid..siapa tak nak khuenz????

takpun watak dalam papa ricky..bergandingan dgn fadlan hazim kepam
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:53 PM | Show all posts
Dh si scha pn dpt watak bkn mak2 tu yg dia igt dia pn selevel scha gak kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:00 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 21-3-2017 12:28 PM
Contohilahh marissa yasmin and liza shahdan malah jasmin hamid pun pegang watak mak2 kpd prlakon rem ...

lg sorang fiza elite.. relax jer berlakon watak mak2.. paling sempoi marissa yasmin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat dagu pnjg sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 21-3-2017 12:28 PM
Contohilahh marissa yasmin and liza shahdan malah jasmin hamid pun pegang watak mak2 kpd prlakon rem ...

Iolss suka marissa yasmin tu
Berlakon tip top
Lawa jee
Kalau perlu speaking pun tak slang fake
Rileks je sia jd mak2
Tp cun dari yg heroin2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:09 PM | Show all posts
ok apa ko berlakon jd mak2 cam samudera rindu, ramai yg puji
xkn nk watak muda remaja aje
cam poremer lain kata jasmin, aleza shadan, marissa, fiza rilex aje jd mak2
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:11 PM | Show all posts
Kalau tgk pelakon2 sezaman dynas byk jadi mak2 dah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dynas ni walopon geng dgn minah2 celepets urban tu, dia tetap nampak kampung dot com...

Mmg sesuai pon dia dpt offer jd mak mak... mek kelate kan dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.479893 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list