CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 0

Letupan Gas Habis Memusnahkan Kawasan Komersial Yang Luas

[Copy link]
Post time 27-3-2017 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Seramai 32 orang cedera akibat kejadian letupan gas di Britain yang membabitkan kemusnahan dalam keluasan kawasan yang besar.


Memetik laporan BBC, sebuah bangunan yang bertempat di Merseyside, Britain di mana berlaku letupan gas pada 9.15 malam Sabtu lalu. Kedai perabot, stesen minyak, restoran masakan Cina dan sebuah sekolah tarian habis musnah jadi tanah rata dalam sekelip mata.


Ketika kejadian, restoran masakan Cina masih berniaga pada waktu itu, ramai pengunjungnya mengalami keceederaan, termasuk salah seorang lelaki mengalami hentakan di bahagian kepala. Dilaporkan juga, seramai 32 orang cedera dalam letupan berkenaan.


Menurut saksi, selepas kedengaran bunyi letupan yang kuat di tempat kejadian, kaca kelihatan hancur berkecai di merata tempat.


Ada juga saksi menyifatkan tempat kejadian menyerupai lokasi peperangan dan ramai yang tercedera ditimbus di bawah ketulan batu-bata.


Seorang pelajar dari sekolah tarian bernama Lucy Lee, meluahkan perasaannya di laman Facebooknya, "Saya tidak dapat berkata apa-apa lagi.... sejak dibuka, saya sudah menyertai sekolah tarian itu, dari bilangan murid yang hanya 20 orang berkembang menjadi beratus orang, tapi kini musnah sama sekali dalam beberapa minit sahaja."


Walau bagaimanapun, pihak bomba masih tidak mengetahui letupan berlaku dari bangunan yang mana satu.- CARI






sumber foto: http://hk.on.cc/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.264005 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list