Perangai 'gila-gila' Sharifah Sakinah memang sudah lama diketahui para peminat sejak dari awal kemunculannya dalam industri hiburan.
Walaupun sedang hamil anak pertamanya, pelakon ini tetap aktif bersenam dan berkongsi aktivti hariannya di Instagram.
Foto: IG Sharifah Sakinah
Baru-baru ini, Sakinah ada memuat naik gambar dirinya bersama suami dengan kapsyen,
"Boys are stronger than Girls #bolaVsbaby @alpjml Oh Please!! Can you carry a 7pound baby in your stomach for 9months. u setakat angkat bola nak kecoh."
Apa yang menjadi isu apabila kapsyen ini telah mengundang pelbagai reaksi dari peminatnya.
Ada yang menghentam Sakinah yang seksi dan tidak menutup aurat.
Bukan sahaja dibanjiri komen di instagram, malah netizen kecoh memperkatakan tentang gambar tersebut di Twitter.
Walau bagaimanapun, ada juga yang menyebelahi aktres Girlfriend Aku Dari Neraka ini dengan mengatakan tiada apa yang salah dengan kapsyen yang dimuat naiknya itu.
Mungkin hanya sekadar gurauan bersama suami kesayangan, orang lain pula yang melebih-lebih menghentam, kan? -CARI
|