View: 2487|Reply: 18
|
Bunyikan Hon Kerana 'Double Park', Pemandu Bas Dituduh Mahu Cederakan Pengguna L
[Copy link]
|
|
Seorang pemandu bas di Pulau Pinang mendakwa dia mendapat 'warning letter' daripada majikan berhubung salah lakunya ketika bekerja yang melibatkan pengguna jalan raya lain. Pun begitu, dia menafikan telah melakukan perkara tidak baik yang dikatakan salah laku itu seperti yang dituduh oleh majikannya.
Menerusi laman Facebook Penang Kini, pemandu yang dikenali dengan nama Firdaus itu melalui rakaman video meluahkan situasi yang dihadapinya.
Katanya, gara-gara tindakannya membunyikan hon terhadap seorang pemandu kereta yang melakukan 'double parking', ini menyebabkan pemandu berkenaan tidak puas hati terhadapnya.
"Saya membunyikan hon terhadap pemandu wanita itu kerana dia 'double park'. Namun, tidak diendahkannya. Apabila saya membunyikan lagi hon dengan lebih lama, dia keluar dari kereta dan menunjukkan isyarat lucah," katanya.
Tidak berhenti setakat itu, Firdaus yang menyangka kejadian tersebut telah berakhir nyata meleset sekali.
"Selepas itu, kami masing-masing meneruskan perjalanan. Sampai di satu lampu isyarat, saya keluar untuk membetulkan papan tanda pada bas. Namun, sebaliknya wanita tersebut menuduh saya mahu mencederakannya dan sempat merakam gambar saya ketika itu.
"Wanita terbabit seterusnya melaporkan kepada syarikat bekerja dan hasilnya saya mendapat surat amaran daripada majikan saya yang mendakwa saya mahu mencederakan wanita tersebut. Sedangkan hakikatnya wanita tersebut yang maki (menunjukkan isyarat lucah) kepada saya. Wanita tersebut juga tiada bukti menunjukkan saya melakukan perkara yang dituduhnya itu," terangnya lagi.
Oleh itu, pemandu bas tersebut meminta sokongan daripada para netizen dan menyatakan dirinya tidak bersalah.
Di ruang komen, ramai netizen yang bersimpati dengan Firdaus malah menyatakan dia mengenali pemandu tersebut sebagai seorang yang lemah lembut dan juga bersikap baik.
Mereka meminta pihak majikannya agar menyiasat perkara tersebut lebih mendalam dan bukannya mendengar sebelah pihak sahaja.
"Seharusnya juga ada dipasang CCTV agar banyak kejadian penting dapat dirakam dan dijadikan bukti," ujar seorang netizen.
"Sebaiknya, lelaki ini tidak mendedahkan hal dalaman syarikat kepada umum dan berbincang dengan baik dengan majikannya," kata seorang lagi netizen.
Pun begitu yang tak menyedapkan hati apabila isu tersebut diselitkan dengan komen yang berunsurkan perkauman. Seharusnya netizen perlu jadi lebih bijak dan membezakan masalah orang perseorangan dan tidak mengaitkannya dengan perkauman.
"Saya orang cina tapi banyak berkawan dengan orang Melayu. Saya percaya setiap agama mengajar kita saling menghormati dan seeloknya ape yang kurang memuaskan dibawa berbincang," kata seorang netizen.
Kesimpulannya, toleransi antara pengguna jalan raya di negara ini masih lagi boleh dikatakan sangat rendah. Mereka juga saling menyalahkan antara satu sama lain. Lebih teruk, bila ada yang mengaitkannya dengan hal perkauman.
Sama-sama kita perbaiki lagi toleransi terutama ketika berada di jalan raya. Kita juga doakan yang terbaik buat abang pemandu bas ini agar keadilan untuk dirinya lebih terbela selepas ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah bam bas.. smga kbenaran terbongkar jgk nnt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah.. Tapi kena dengar cerita dari kedua2 pihak dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ummah tak bertamdun yg suka parking merata sesuka hati ada di mana mana dlm negara
di kl, walau ada sorang dah pindah dok langkawi tapi ada 999,999 orang lagi masih bermaharajalela |
|
|
|
|
|
|
|
haha..i tak penah buka benang retis yang double park dekat langkawi tu tapi beliau memang dah pindah ke langkawi bersama turbannya ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hodohnya bila wanita menunjukkan isyarat lucah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya pegawai atasan syarikat bas tuh |
|
|
|
|
|
|
|
BebeQ replied at 17-4-2017 04:05 PM
haha..i tak penah buka benang retis yang double park dekat langkawi tu tapi beliau memang dah pind ...
Yg berkereta besar berotak xberapa besar itukah? |
|
|
|
|
|
|
|
kan manusia ni split personaliti. bila bawa kereta, sisi hitam pun terkeluar lah |
|
|
|
|
|
|
|
teraniaya sokmo drebar lori n bas ni.. buruk nau pmpn bg isyarat lucah... |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi. demo la depan rapid penang... adukan pada pemuda umno
|
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg tak boleh terima dengan org yg suka double park ni. sesuka ngko je nak block2 kete org..
kalau topic double park ni hati mmg cepat panas, sebab penah kena kan..
pastu yg block kete org tu sejenis yang takde rasa bersalah...
weyyyy otak manaaaaa....!! |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mcm perangai . ,........... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mcm perangai . ,........... |
|
|
|
|
|
|
|
Bas ni, orang akan selalu salahkan dalam apa hal pun.
Mungkin pasal besar kot...
Nampak je kereta/motor buat salah, hon sekali... pun orang rasa bas yg salah... maklumlah hon bas kuat kau....
Maka pengajarannya ialah....
Maka siapkan video cam yg macam orang pakai kat kereta tu...
Nampak aje malaun nak buat onar, dah ada bukti dah....settle.
|
|
|
|
|
|
|
|
BebeQ replied at 17-4-2017 04:05 PM
haha..i tak penah buka benang retis yang double park dekat langkawi tu tapi beliau memang dah pind ...
begitulah menurut ceritanya. dia dah dok langkawi & buka restoren kat sana. tapi bukan pindah for good rasanya
dinasihatkan agar jangan buka thread dia tu
nyakitkan hati je baca alasan dia
walau dia ada mintak maaf tapi lagi teruk kena hencap sebab disertai dgn alasan.maha bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah, belum pernah terdetik dihati nak buka retis suam itu. lakonan tak seberapa, isu remeh je lebih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ah soo yg buat ni kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|