View: 5580|Reply: 24
|
[Jenayah]
Nak bunuh diri jika tak dapat berjihad
[Copy link]
|
|
SELASA, 18 APRIL 2017 @ 3:29 PM
Nak bunuh diri jika tak dapat berjihad
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali [email protected]
GAMBAR fail. Siti Noor Aishah Atam. - Foto Rozainah Zakaria
KUALA LUMPUR: Bekas penuntut sarjana Universiti Malaya, Siti Noor Aishah Atam yang didakwa memiliki buku berkaitan kumpulan pengganas, dikatakan mahu membunuh diri jika hasratnya untuk berjihad di Syria dihalang.
Siti Noor Aishah yang diberhentikan pengajian oleh pihak universiti pada Januari 2014, juga diajak melarikan diri ke Thailand oleh seorang lelaki bernama Muammar Gadafie.
Timbalan Pendakwa, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam hujahnya pada perbicaraan itu, berkata perkara berkenaan terkandung dalam laporan polis yang dibuat bapanya sendiri, Atam Jusoh pada 18 Februari 2014.
Mohamad Mustaffa berkata, fakta itu diakui sendiri oleh tertuduh ketika diperiksa balas pendakwaan, malah mengakui laporan polis itu dibuat bapanya bagi menghalang dia daripada pergi ke Syria.
Beliau berkata, Siti Noor Aishah turut mengakui catatan ditulisnya dengan menggunakan dakwat merah pada muka surat pertama buku 'Merentas Jalan Jihad Fie Sabilillah' berbunyi; 'tanah yang engkau berkati...', merujuk kepada tanah Syam di kawasan meliputi Syria termasuk Iraq dan Palestin.
Katanya, catatan itu konsisten dengan laporan polis berkenaan, dan menunjukkan tertuduh mengetahui kandungan semua 12 buah buku yang ada dalam milikannya adalah berkonsepkan jihad.
Siti Noor Aishah didakwa memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu, pada jam 12.25 tengah hari, 22 Mac tahun lalu.
Tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda.
Sementara itu, Siti Noor Aishah dalam rayuannya menerusi peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab, berkata anak guamnya secara konsisten memberitahu, dia memiliki semua buku itu untuk tujuan kajian dan menambah pengetahuan.
Beliau berkata, terdapat beberapa bahagian pada buku itu yang relevan dengan tajuk tesis anak guamnya bertajuk 'Implikasi Tajuk Dalam Pentadbiran Negara'.
Katanya, tertuduh tidak melarikan diri ketika serbuan oleh polis dan tidak membuang atau melupuskan semua buku berkenaan, yang menunjukkan dia tidak mengetahui buku terbabit ada kaitan dengan pengganas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah kemudian menetapkan pada 2 Mei ini bagi keputusan di akhir pembelaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/273051
apa cik siti mau buat dgn 72 bidadari?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mustafa kunyalam aku kenal mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa cik siti nie ada fetish kena gangbang dek penganas isis? |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan kena brainwash.. sometimes kena brainwash..sometimes black magic.. sometimes bipolar..
baik nikah buat anak daripada pg syria.. pahala lebih berkali ganda.. pg syria nyusahkan org sana buat apa.. kalau ada latihan perang tak pe.. ni pg sana tambah susahkan org sana.. masak tak tahu.. senduk dengan sudip tak kenal.. unta dengan biawak dhob xkenal..
pg syria bukan macam pg a famosa resort.. picnic jimba2.. harap siapa nak pg insaflah.. jihad banyak cabang.. sahabat nak pg perang pun ada di halang sebab ibu nya tak izinkan.. ngaji agama sekerat kerat jadi terrorist..
tengok cm akak. ngaji agama sekerat kerat jadi sepapan ilmu agama.. tak de jadi terrorist.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 19-4-2017 08:10 PM
kasihan kena brainwash.. sometimes kena brainwash..sometimes black magic.. sometimes bipolar..
b ...
Dorang ni pun pandai dik... dorang pilih muka cantik2 sket.. belajar pandai hasut jadi terroris.... kenapa dia tak hasut budak2 yg berpeleseran jual diri percuma kat jantan2... isap gam segala tuh semua... sebab dorang hodoh kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul biar dia pergi mampos dulu lah sebelum sempat bomb orang ramai! |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhhh...kejap acong! ..muka wanita tu tak ada seperti Melayu lah! Tu muka Yahudi makeup cuba menyamar jadi muka Melayu untuk memburukkan bangsa Melayu dan agama Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sah2 sheol punya disorder. Sila cek. Rujuk pakar. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm, ni yg viral hritukan..seperti diagak |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ja manusia cmni, pernah jumpa.. asyik2 pikir jihad.. student2 agama rmi yg kena brainwash, yg akal lurus tu, logik dia yg x seberapa, maka terpedaya la. |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat sungguh impak di brainwash ni... mcm cerita ajaran sesat kat hbo tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena kasi cuci balik kepala otak dia ni. Sah2 kena hasut |
|
|
|
|
|
|
|
Humban je dia pergi Syria jangan kasi balik. Nak sangatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
apakah beliau fetish nk kena gangbang dek isis?
|
|
|
|
|
|
|
|
buat buat terkejut plak
baca kat facebook pun dah boleh agak 70% pro pengganas menurun skit dari 80% dulu sbb dah mula ada kesedaran permainan perang pengganas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
god works in mysterious ways. om gere gere om.... |
|
|
|
|
|
|
|
Silap pilih kawan kat Uni lah ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
baik je org nye dia ni. mY ex housemate masa belajar dulu. tak de plak penampakan jihadist sepanjang kenal dia. hopefully justice is served |
|
|
|
|
|
|
|
bg jer laa dia pg berjihad...jgn lak kang meraung2 suh makpak mina dana nak balik Malaysia pulak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|