View: 6078|Reply: 30
|
Duit Berkepuk, Pangkat Tinggi Tapi Tak Bahagia? Kenalah Ikut Aturan Hidup Sederh
[Copy link]
|
|
Dunia ini penuh dengan orang yang tak bahagia. Sama ada anda nak percaya atau tidak, terpulanglah. Cubalah tanya diri sendiri atau orang sekeliling.
Mampukah anda atau mereka menjawab, “Ya, saya bahagia 200%!” Jika, itu jawapan anda, maka anda adalah orang yang SEDERHANA!
Ironinya, mereka yang tidak bahagia itu selalu datang daripada keluarga yang kaya raya, mempunyai status sosial yang tinggi, ada pasangan yang cantik dan tampan serta mempunyai anak-anak yang comel.
Atas alasan kecewa dengan hidup masing-masing, ada yang memilih untuk mati, lantas mereka pun beratur di tempat seperti Jambatan Golden Gate - San Fransisco, California mahu pun Hutan Aokigahara, Jepun.
MENGAPA PERLU BAHAGIA?
Apa itu bahagia? Mengapa bahagia begitu diidamkan-diamkan sehingga ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak mendapatkannya?
Deretan buku motivasi pun tak mampu beri anda makna sebenar bahagia. Erti bahagia itu sangat subjektif. Hanya anda sendiri sahaja yang tahu apa yang membuat anda sedih dan apa yang membuat anda rasa bahagia.
Paling penting, ada satu persamaan di antara seluruh manusia iaitu KESEDERHANAAN. Jadi, sebagai langkah awal untuk rasa aman dan bahagia, hilangkan segala beban yang tidak sepatutnya berada dalam kepala otak dan hidup anda!
Bagaimana caranya? Jom kita mulakan sekarang!
Petikan blog penulis, www.123mamanet.com
LANGKAH 1: AMALKAN CARA HIDUP SEDERHANA
Hidup sederhana ialah hidup mengikut kemampuan anda. Kurangkan beban hutang dengan mengawal hanya 1/3 daripada pendapatan untuk membayar hutang.
Memang banyak yang anda perlu korbankan. Misalnya kereta dan rumah yang ansurannya terlalu tinggi. Elakkan penggunaan kad kredit.
Saya tahu, hal ini amat sukar kerana kos sara hidup yang tinggi. Tapi jika anda mahu tenang, satu sahaja cara yang ada iaitu elakkan hidup dibebani hutang.
Elakkan hidup daripada terpedaya dengan iklan dan taksub pada jenama mahal. Buang gaya hidup prestij jika anda tidak mampu!
LANGKAH 2: BAGAIMANA HIDUP SEDERHANA BERMANFAAT BUAT ANDA?
Bila kehidupan anda stabil, kewangan anda pun akan stabil. Anda akan ada lebihan wang untuk dibelanjakan tanpa rasa sesak di dalam dada.
Usah memenuhkan rumah anda dengan barang bukan keperluan. Berhenti daripada membeli mengikut perasaan.
Bersabar dan tidak terburu-buru membuat keputusan atau membeli sesuatu. Orang sekeliling mungkin akan anggap anda tidak ‘trending’. Bahkan anda mungkin dipandang rendah kerana kesederhanaan anda itu.
Biarkan saja. Teruskan hidup anda kerana anda tidak perlu sebarang endosmen daripada sesiapa. Hidup anda adalah hak anda!
Ingat pesan saya, hidup ini tidak akan jatuh dek keji dan tidak akan tinggi dek puji.
LANGKAH 3: CALL TO ACTION - CARA MENJADI SEDERHANA
Menjadi sederhana bukan boleh berlaku dalam masa sehari. Lakukanlah perubahan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah. Alah bisa tegal biasa.
Korbankan rasa iri, riak, cemburu dan 1001 perasaan negatif. Hingga anda akan mula berasa sangat tenang dan bahagia serta tidak terkesan dengan aura negatif orang lain.
Untuk CTA itu berjaya, anda kena amalkan 4 prinsip kecukupan dalam hidup seperti di bawah:
1. Cukup Pakai
Saban hari, kira berapa helai pakaian yang kita pakai. Kemudian, selak pintu almari. Berapa banyak pakaian yang berlebihan. Macam mana penuh dan semaknya almari anda, macam itulah beban yang terhenyak dalam kepala anda.
Jadi, belajarlah kosongkan almari dengan sedekahkan pakaian yang masih baik kepada orang lain yang memerlukan. Mungkin anda boleh buat lelongan amal! Paling penting berhenti membeli!
2. Cukup Makan
Memang bukan mudah untuk makan seadanya. Bila buka menu, semua kita nak. Samalah macam saya. Saya memang suka makan. Tetapi kalau kita nak berasa cukup makan, kita perlulah bijak menahan nafsu.
Saya syorkan, jika selama ini anda memesan makanan utama setiap seorang ahi keluarga, mungkin sudah tiba masanya anda memesan menu utama dan menu sampingan yang boleh dikongsi bersama.
Saya sendiri sering mengamalkan cara ini. Selalunya jika kami bertiga beranak makan di restoran, kami akan pesan dua makanan utama sahaja. Kami akan kongsi bertiga. Jangan lupa ya, minta pinggan kosong dan sudu garfu.
Foto: Carian internet
3. Cukup Lapang
Keselesaan dalam rumah bergantung kepada jenis perabot dan susun atur yang dibuat. Keluarkan perabot yang tidak perlu atau terlalu besar. Biarlah ruang rumah, bilik dan dapur sentiasa lapang agar fikiran kita pun tenang.
4. Cukup Riang
Bila hati kita tenang, kita tidak perlukan pujian orang lain. Tidak perlu propa atau up status muluk-muluk dalam media sosial semata-mata untuk menarik perhatian orang. Tak payah nak usyar ‘musuh’ untuk buat dia cemburu.
Seringlah berlibur dan bersantai untuk menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH. Dengan melihat dunia, anda akan lebih menghargai diri sendiri. Jauh dekat destinasi tidak penting. Paling utama kita keluar dan melihat. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Melihat.
Hiduplah seadanya tanpa meratapi sesuatu yang bukan milik kita. Jadilah orang yang cukup riang dengan mampu memberikan keriangan kepada orang lain.
Dengan 4 prinsip kecukupan di atas, diharapkan anda dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia. Hiduplah dengan apa yang kita miliki bukan yang apa kita hajati. Belajarlah untuk bersyukur dan menghargai diri kita dan orang lain. Insya-ALLAH bahagia itu milik kita.
Salam Hormat,
Liza Ali
FB: liza_ali_penulis
[email protected]
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang orangnya xla berduit mana..tapi dia pny nk menunjuk kemewahan dye tu, kalah orang kayo |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi tipsss nak mendapatkan kebahagian. Stop showing off your lifestyle in social media. Percayalah anda akan jauh lebih bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
ya betul. bsedrhanalah yg terbaik. syukurrr |
|
|
|
|
|
|
|
Stop compare yourself with others! Then you will find the true happiness. |
|
|
|
|
|
|
|
WhiskeyScotch replied at 25-4-2017 05:02 PM
Satu lagi tipsss nak mendapatkan kebahagian. Stop showing off your lifestyle in social media. Percay ...
Betul tu ws..salena dah 6 tahun x layan fb..bosan kot
Lagi 1 kalau show off lifestyle kat socned, kita somehow akan intend to pleased other people n to look good je kan |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting dik,syukur selalu |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu Salena. Lama-lama seseorang itu akan jadi fake bila asyik nak menunjuk lifestyle dekat social media. Ala zaman dulu takda pun social media ni bahagia juga hidup kan tanpa perlu menunjuk-nunjuk. Yang penting enjoy life di dunia nyata tanpa perlu terikat dengan dunia maya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersederhana.. Buang sifat show off.. Kita hidup cara kita.. Bebas hutang piutang.. Hati tenang |
|
|
|
|
|
|
|
hidup dgn kemampuan sendiri
syukur dgn apa yg ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis yg ske show off ni xtenang je klau xcanang 1 dunia apa yg dia ada, gelisah mlm2 mcm xdpt berjimak lagaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
nak bahagia kena banyak memberi dari menerima... |
|
|
|
|
|
|
|
jenis semua nak tulis dekat fb pon masalah jugak... stress jarang tgk fb.. insta pon x add org yg kenal.. add yang nak tgk jek.. aman2 hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan std uollss bagi spesis2 batak show off kt media sosial nie
|
|
|
|
|
|
|
|
Riak dan takbur nya
Bg la tips2 ke, xpelah, ini tidak nk jgak tu show off kt socmed
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannn. Muntah dengar jawapan macam tu. Lepastu perasan yang org lain jealous dgn lifestyles dia tu. Masalahnya kawan I ni dah tua bukan BBNU lagi. Kalau BBNU tu fahamlah sikit perangai show off tu. Ni dah berusia tapi perangai kalah BBNU. Tapi mmg betul sebab perangai show off dia tu la membuatkan dia tak bahagia. Sebab 24 jam dia asyik fikir dan mengharap apalah yang org akan comment pasal lifestyles dia. |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah sound cakap amboi riaknya. Dia jawab balik nawaitu dia hanya Allah saja yang tahu. I pun malas lah nak ulas lebih bila dia jawab macam tu. Lantak kau lah. Kang I tegur lebih-lebih dia tuduhnya I cemburu dgn dia. Manusia gini kita tengok kan aje.
|
|
|
|
|
|
|
|
happiness is loving what you have, not wanting what you love but can't have |
|
|
|
|
|
|
| |
|