CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9438|Reply: 61

[Jenayah] Jaafar Ngamil dihukum GANTUNG sebab CEKIK sampai MATI Jamingan Hambali sebab IST

[Copy link]
Post time 5-5-2017 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 5-5-2017 09:08 AM


Kemaruk bini orang punya pasal... apa specialnya bini orang tu? Bini sendiri kan ada?

Bunuh suami teman wanita, lelaki dihukum gantung sampai mati

4 Mei 2017

SHAH ALAM, 4 Mei — Gara-gara teman wanitanya enggan meneruskan hubungan sulit mereka, seorang bekas pemandu lori tergamak mencekik suami wanita itu sehingga maut dan perbuatannya itu menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Jaafar Ngamil, 45, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

Tertuduh didakwa membunuh Jamingan Hambali, 44, di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga, di antara Lot 2056, Jalan Surau Ilmiah, Tebuk Haji Omar, Kampung Banting, Sabak Bernam hingga Parit di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, kira-kira 9.07 malam pada 22 Jun 2014 hingga 8.30 pagi pada 23 Jun 2014.

Lelaki itu dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Seramai 12 saksi pihak pendakwaan dan seorang saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 11 Januari tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Wong berkata saksi ke-10 pendakwaan (SP10) iaitu anak saudara tertuduh dalam keterangannya memberitahu bahawa tertuduh telah memintanya memandu kenderaan tersebut sementara tertuduh duduk di belakang tempat duduk penumpang hadapan.

Beliau berkata, SP10 seterusnya diminta memberhentikan kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mangsa dan mangsa kemudian masuk ke dalam kereta serta duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Dalam perjalanan, tertuduh dan mangsa telah bertengkar dan SP10 lihat tertuduh cekik mangsa guna kedua-dua tangannya dari belakang menyebabkan mangsa meronta-ronta sehingga akhirnya mangsa senyap.

“Keterangan saksi kelapan pendakwaan (SP8) (pakar forensik) mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan tekanan pada lehernya,” katanya.

Wong berkata, tertuduh dalam pembelaannya mendakwa tindakannya mencekik mangsa dari belakang adalah disebabkan provokasi mengejut iaitu tertuduh cuba melindungi SP10 daripada dipukul mangsa.

Katanya, tertuduh juga memberitahu isu gaji tertangguh merupakan punca pertengkaran antara dia dan mangsa, namun Wong berpendapat isu itu bukan pencetus provokasi mengejut tersebut.

“Jika ada tunggakan gaji, tertuduh boleh buat tuntutan sivil terhadap mangsa, selain itu tertuduh ada kelebihan sebab mangsa duduk di hadapan sedangkan tertuduh duduk di belakang menyebabkan mangsa sukar lepaskan diri.

“Memang tertuduh ada niat nak bunuh mangsa dan bukan disebabkan provokasi mengejut.

“Pembelaan tertuduh adalah penafian kosong semata-mata, selepas difikirkan, tidak munasabah serta bercanggah dengan keterangan SP8 dan SP10 yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.

Sehubungan itu, Wong berkata berdasarkan keterangan kesemua saksi dan fakta, beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tidak melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Hanya satu hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sehingga mati, katanya. — Bernama



Thursday, 4 May 2017 | MYT 6:31 PM
Lorry driver to hang for killing lover's husband    

SHAH ALAM: A lorry driver has been sentenced to death for strangling his lover's husband after the woman refused to go on with the affair three years ago.

Judicial Commissioner Wong Teck Meng, in handing out the sentence to Jaafar Ngamil, 45, at the High Court here, said the defence had failed to raise reasonable doubt against the prosecution's case.

Jaafar was found guilty of murdering Jamingan Hambali, 44, in a car in the vicinity of Kampung Banting in Sabak Bernam, Selangor, between 9.07pm on June 22, 2014, and 8.30am on June 23, 2014.

He was charged under Section 302 of the Penal Code, which carries the mandatory death penalty upon conviction.

Twelve prosecution witnesses and one defence witness had been called to testify during the trial, which began on Jan 11 last year.

In his ruling, JC Wong said the 10th prosecution witness, who is Jaafar's nephew, testified that he was asked to drive the car while Jaafar sat in the back.

"The witness was then asked to stop near the victim's house to let him in, where he sat in the front passenger seat.

"While the vehicle was moving, the accused quarrelled with the victim and the witness saw the accused choking the victim's neck using both hands, causing the victim to struggle and finally become still.

"The forensics specialist also testified that the cause of death was due to the pressure on his neck that caused asphyxiation," he said.

Jaafar had argued in his defence that his action of choking Jamingan from behind was in response to a sudden provocation, as he was trying to protect his nephew from being beaten up.

"The accused also claimed that unpaid salary was the cause of the fight," JC Wong added. "However, the accused could have filed a civil suit against the victim.

"Also, the accused had undue advantage because he was sitting in the back while the victim was in front, making it hard for the latter to escape during the attack," he added.

JC Wong also said it was clear that Jaafar had the intention to murder Jamingan and it was not due to any provocation.

Jaafar appeared calm and kept his head bowed while the sentence was pronounced.

Earlier, in mitigation, Jaafar's counsel, who did not want to be named, said his client was a divorcee with three children and a 65-year-old mother to provide for.

He said Jaafar had no prior criminal record.

A sobbing middle-aged woman and three teenagers were seen kissing Jaafar's hand before he was led out of the courtroom.

Kisah sebelumnya...


Tak mengaku tuduhan membunuh

9 Julai 2014                                

SABAK BERNAM - Dua pekerja kontrak mengaku tidak bersalah bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terlentang di dalam sebuah parit di Jalan Haji Omar Kampung Banting, Sabak Bernam, 23 Jun lalu.
        
Tertuduh pertama, Jaafar Ngamil, 41, dan tertuduh kedua, seorang remaja berusia 18 tahun memberi pengakuan tersebut di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim, semalam.
        
Mahkamah menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan forensik.
        
Jaafar diarah ke Penjara Sungai Buloh, sementara tertuduh kedua dibawa ke Penjara Kajang kerana masih di bawah umur.
        
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munira Mansor mengendalikan pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
        
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
        
Sinar Harian 3 Julai lalu melaporkan, polis menahan seorang isteri dan teman lelakinya serta seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang tukang elektrik, Jamingan Hambali, 44, yang ditemui mati di dalam parit Jalan Haji Omar Kampung Banting, Sabak Bernam.
        
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, isteri mangsa berusia 35 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada kira-kira jam 6.10 petang, tiga hari selepas penemuan mayat suaminya.
        
Menurutnya, teman lelaki wanita itu, berusia 41 tahun, terlebih dahulu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang sementara anak saudara lelaki itu, berusia 18 tahun, turut ditahan di Tanjong Nayan, Hutan Melintang, Perak.
        
Beliau berkata, penahanan isteri mangsa dilakukan selepas wanita itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu kerana didakwa menjalin hubungan cinta dengan suspek sejak tiga tahun lalu.
        
“Mangsa yang mengetahui hubungan isterinya bersama suspek tidak berpuas hati. Suspek dan mangsa dipercayai membuat temu janji untuk berjumpa bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi,” katanya.
        
Beliau berkata, sehari sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya dan mengikut suspek serta anak saudara suspek menaiki sebuah kereta Proton Saga milik suspek utama berkenaan.
        
“Mangsa yang menaiki kereta itu dipercayai berada di tempat duduk penumpang hadapan, manakala suspek berada di tempat duduk penumpang belakang sementara anak saudara suspek memandu,” katanya.
        
Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai keesokannya dalam keadaan terlentang oleh anaknya di dalam parit yang terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada rumahnya sewaktu ingin ke sebuah kedai berhampiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah dek, demi seketul puki kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
O kes ni kaa.. kecoh gak dulu.. jumpa mgsa dlm parit
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 08:57 AM | Show all posts
Tebuk Haji Omar ? Wakaka. Dah la nama mangsa & pesalah macam indon sikit. Suku Banjar ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:18 AM | Show all posts
kau bunuh org . org bunuh kau ... konsepnya begitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:19 AM | Show all posts
kesian kat ank2 dan ibu yg dah tua tuh... psl pompuan sangap sgtttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2017 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Wong jowo ko banjar yg dah dpt ic ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
pompuan tu hot sgt ke sampai sanggup berbunohan? rajin makan jamu?ke ala2 acik2 kepam jek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 09:34 AM | Show all posts
Sadisnya perempuan tu, laki mati dibunuh. Kemudian kekasih gelap pun akan dihukum gantung. Bergentayangan la roh kedua-dua lelaki tu menghantui ko wahai perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:35 AM | Show all posts
aduh lawo sgt ke perempuan tu ??
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah.....:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:45 AM | Show all posts
pesal kemaruk betine sangat ko ni japar ngamil. ke ko dah ngamilin tine tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:46 AM | Show all posts
zeed replied at 5-5-2017 09:21 AM
Wong jowo ko banjar yg dah dpt ic ni?

dna indon ke mana-mana pegi pun buat onar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan pasal puki kot... puki semua sama katanya....

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:59 AM | Show all posts
bangang apa weiii.... ko cari jela puki lain klau org tu dh xnk, ko rugi apa, lgpon bini hang kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
"The accused also claimed that unpaid salary was the cause of the fight,"

Dgn bini boss?.... ko mampu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cnfirm mmg niat nk mmbunuh. Pehal plk suspek owner kete tp dduk kt tmpat pnumpang blkng. Cash sgt la utk ko kan. ksian kt bini n anak ko. Bodoh pnya jantan. Yg mgsa plk, ko cerai je la bini ko yg kmaruk jantan tu, dah 3 thun mnjlin cnta ngn laki org ptutnya tiada maaf bgmu lg. Ni sbuk nk brbncng. Yg bini mgsa tu, moga kau dihantui rasa brsalah seumur hdup kau sbb curg n skandal ngn laki org. Kau sntiasa trbyg2 laki ko kna bunuh disbbkn prngai sundal kau. Moga2 kau jd mereng
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:07 AM | Show all posts
so mana gambar bini hot tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Tuhan ingatkan berita yindon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:08 AM | Show all posts
kesian anak sedara bawah umur terbabit sekali..
tp mgkin di offer hukuman lebih ringan utk jadi saksi pendakwaraya agaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.165663 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list