View: 2147|Reply: 12
|
Hasil Penuaian Terjejas, Jualan Keropok Kentang Mencecah RM47 Sebungkus
[Copy link]
|
|
Susulan tahun lalu, kawasan pengeluaran kentang di Hokaido dilanda taufan dan banjir, ianya menyebabkan hasil penuaian teruk terjejas.
Akibatnya jualan keropok kentang terpaksa dihentikan oleh pengeluar utamanya berikutan kekurangan kentang dan sekaligus menyebabkan harga makanan ringan itu meningkat enam kali ganda lebih mahal dari harga biasa.
Memetik laporan Bloomberg, sebungkus keropok dijual kira-kira 200 yuan (RM7.65) sebelum itu namun hargnya meninkat lebih daripada 1,250 yen (RM47) sebungkus dalam lelongan dalam talian.
Hampir 50 produk dihentikan oleh syarikat pengeluar Calbee dan saingan utamanya Koike-Ya, ini menyebabkan penggemar snek itu berasa panik dan bertindak membeli dalam jumlah bilangan yang banyak sehingga habis di banyak pasaraya.
Justeru itu, Jepun hanya membolehkan kentang dari negeri Amerika Syarikat yang dipilih, untuk bulan tertentu dalam setahun dan dengan syarat ia diproses di kilang-kilang berasaskan berhampiran pelabuhan Jepun.
Selain itu, biarpun para pengeluar mula mendapatkan kentang dari Amerika Syarikat namun undang-undang di Jepun mengehadkan jumlah kentang import yang boleh digunakan dalam produk buatan Jepun.
Jepun mempunyai dasar melindungi ekonominya untuk pertanian selama bertahun-tahun dan bertindak menyekat barangan segar yang diimport.- CARI
sumber foto: Internet |
|
|
|
|
|
|
|
keropok ni akak tak makan pun tak apa. jangan beras, roti naik harga |
|
|
|
|
|
|
|
bukan mknan rutin iols jd x kisahlah noksss |
|
|
|
|
|
|
|
Alah calbee keropok udang yg warna merah tu fav aku huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib tak minat makan jajan |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la mister potato keluar keropok keledek ungu pulak..
Sedap ok..
Dulu iols tak mkn jajan2 ni..tp mister potato purple tu best sgt |
|
|
|
|
|
|
|
x yah beli le............. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap yuan..kejap yen..apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mister potato jajan paling best kalau drive kereta.berenti kat rnr or petrol pump mesti beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh betul2 lindung ekonomi dorg, wlpon tgh kritikal nk stok |
|
|
|
|
|
|
| |
|