View: 8935|Reply: 47
|
9 Jalan Paling Bahaya Di Dunia, Anda Berani Laluinya?
[Copy link]
|
|
Mereka yang menaiki roller coaster sekurang-kurangnya sekali tahulah bagaimana rasanya kena 'serangan jantung', bukan?
Bagaimanapun, keselamatan permainan seumpamanya adalah lebih terjamin keselamatannya jika nak dibandingkan dengan jalan raya yang dibina di pinggir jurang yang curam, di padang pasir yang sunyi atau di atas air.
Memetik portal Bright Side, berikut adalah beberapa jalan raya yang paling bahaya dan mengerikan di dunia.
Jom menjelajah sebentar sambil membayangkan anda sedang memandu di atas semua jalan ini!
1. Terowong Guoliang, China
Terowong sepanjang 1.2 kilometer (km) ini dibina melalui banjaran gunung menuju ke Kampung Guoliang. Pada 1970-an, penduduk kampung membina terowong ini berserta 'tingkapnya' dengan hanya menggunakan peralatan tangan.
Lebar terowong hanyalah sekitar 4 meter atau 13 kaki, jadi pemandu perlu berhati-hati melalui terowong ini.
2. Pasar Stesen Kereta Api Maeklong, Thailand
Sekali tengok, Pasar Maeklong ni macam pasar biasa lain di Thailand saja. Tapi, tunggulah sehingga kereta api memberi isyarat kepada peniaga supaya bersiap untuk menyimpan barangan dan gerai jualan.
Kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan 15 km/j.
3. Landasan Kereta Api di Ecuador
Landasan yang diberi julukan "Nose of the Devil" ini dibina di atas lereng berbatu pada ketinggian 800 meter (2,624 kaki) dari aras laut.
Sebelum ini, pelancong dibenarkan untuk menaiki kereta api ini, namun baru-baru ini ia telah dilarang sama sekali untuk berbuat demikian.
4. Jambatan Landasan Kereta Api Pamban, India
Jambatan Pamban yang menghubungkan tanah besar India dengan pulau Pamban itu sebenarnya pernah musnah akibat angin kencang. Kini, kereta api akan menerima amaran bahaya sekiranya kelajuan angin mencecah 55 km/j.
5. Lebuh Raya Karakoram, Pakistan - China
Lebuhraya antarabangsa yang menghubungkan Punjab, Pakistan dan Kashgar, China itu merupakan jalan raya berturap tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 4,600 meter dari aras laut.
6. Passage du Gois, Perancis
Jalan menghubungkan Pulau Noirmoutier dan tanah besar Perancis ini akan 'hilang' dari pandangan kerana ditenggelami air sedalam 4 meter ketika air pasang. Dan pemandu hanya boleh melalui jalan itu dua kali sehari sahaja.
7. Lebuh Raya Leh-Manali, India
Jalan sempit ini bagaimanapun tidak menghalang pemandu tempatan daripada memecut kenderaan mereka pada kelajuan tinggi.
8. Jalan Raya Tianmen, China
Jalan sepanjang 11 km ini memiliki 99 selekoh menuju ke puncak Gunung Tianmen di mana terletaknya kuil Buddha.
9. Lebuh Raya Eyre, Australia
Foto: Bright Side
Cantik dan memukau pemandangannya namun, lebuh raya ini sangat berbahaya. Malah, kadar kemalangan di lebuh raya ini adalah sangat tinggi.
Ini adalah kerana landskapnya yang sangat membosankan sehingga menyebabkan pemandunya boleh terlelap.
Macam mana? Rasa tak 'thrill' macam naik roller coaster? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
xpyh la sesuah nak lalu sini. menempah jalan ke neraka je rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa macam tkde tempat lain je nak berjual beli di pasar keretapi maklong tu |
|
|
|
|
|
|
|
mmg mencabar fizikal n mental... |
|
|
|
|
|
|
|
Xke penat asik kne alih barang? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg d thai tu mmg mencabar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri tgk jln raya di tebing gunung tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Punya la besar Thailand, takde tmpt lain ke nak buat pasar. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh hadam betullah aku yg part pasar tu
dah satu hal plak nak keluar masuk barang berniaga bila train nak lalu..adoii aiii |
|
|
|
|
|
|
|
Byr 2.6bil pn xnk lalu jln2 ni.gile ah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada some of jalan ni yg ada dlm movie tp iols dh tak ingt cerita apa. Lebuh raya eyre tu pon slalu dlm movie omputeh, yang china byk selekoh tu mcm dlm cerita initial d lakonan jay chow |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak akan lalu jalan yg dlm pic 1, 7 & 8. scary sangattttt |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh hadam betol pasar dekat laluan keretapi. |
|
|
|
|
|
|
|
pegi bukit tinggi, padang... bila turun nk ke danau meninjau... jln dia pon boleh tahan... selekoh dia muat2 saiz coster jer...tu pon pemandu yg berpengalaman bw jln tu jer yg brani lalu |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya tengok dlm gambar memang ngeri, bila duduk kat situ takdela ngeri sgt pun....sama la mcm jln naik ke genting highland, kalau dlm gambar nmpk ngeri |
|
|
|
|
|
|
|
jlnraya kat tmpt kita ni lagi ngeri dan mengerikan |
|
|
|
|
|
|
|
dh knp buat jalan gitu..buat jalan yg selamat xleh ke deyy |
|
|
|
|
|
|
|
Taknak lah bayangkan lalu situ, seram i, kalau nak suruh bayangkan jugak nombor 9 je i berani |
|
|
|
|
|
|
|
jalanraya kat malaysia pun lagi ngeri..ramai pemandu gila bwk kete mengelupor persis babi nak beranak |
|
|
|
|
|
|
| |
|