|
Pelbagai jenis tomyam yang dijual di pasaran, dan yang paling sukar untuk didapati ialah tomyam kelapa muda, betul?
Ia menggunakan air kelapa muda dan juga kadang kala jika bernasib baik, isi kelapa turut dimasukkan ke dalam tomyam tersebut. Rasanya?
Dikatakan memang sangat enak, gabungan rasa manis semula jadi air kelapa itu menjadikan kuah tomyam semakin umph! Jangan risau kerana ia tidak terlalu sukar, cuma tukarkan air biasa dengan air kelapa sebagai kuah tomyam.
Jom cuba! Pasti tak cukup semangkuk!
Foto: Carian internet
Bahan-bahan:
8 ekor udang - saiz besar
2 sudu besar pes tomyam Madam Pum
1.5 liter air (boleh juga guna sebiji air kelapa dalam 700ml dan 300 air biasa)
3 inci lengkuas - diketuk
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili api merah
3 inci lobak merah - dipotong halus
1 biji bwg besar sedang - potong bulat
3 sb santan
5 sb perahan air limau
garam
sayur lain (optional)
2 batang saleri
beberapa helai daun ketumbar
3 sudu makan sos ikan
beberapa biji tomato
cendawan, kobis bunga dsb
Cara-caranya:
1. Potong bahagian atas kelapa muda, kemudian keluarkan isi dan asingkan isi dan air kelapa muda. Ketepikan.
2. Bersihkan udang, buang kulit & kepala. Di Dalam periuk, masuk air dan air kelapa, pes tomyam madam Pum, kulit & kepala udang. Reneh selama 1/2 jam.
3. Keluarkan kulit & kepala udang, mesin hingga halus dgn 300ml air. Masukkan semula dalam periuk tadi & biar mendidih.
4. Masukkan lengkuas, serai,daun limau purut, saleri, sos ikan, cili api & sayur-sayuran. Reneh selama 10 minit.
5. Masukkan perahan air limau,garam & gula. Adjust ikut selera, kemudian masukkan santan dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan udang dan tutup api. Bila nak makan taburkan dgn daun ketumbar. - CARI
Kredit Resipi: FB Noor Farida Berahim |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|