CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2478|Reply: 33

Biarpun Pembangkang Jadi Kerajaan, Tidak Mungkin 'GST' Dihapuskan- KP Kastam

[Copy link]
Post time 22-5-2017 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk T Subromaniam, biarpun sekiranya Pakatan Harapan menjadi kerajaan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun tidak mungkin dihapuskan.


Memetik laporan Oriental Daily News, jelas Datuk T Subromaniam, ini kerana sesebuah kerajaan tidak mungkin dapat beroperasi tanpa kewangan yang kukuh. Malah, cukai GST tidak mungkin ditukar semula kepada cukai jualan dan perkhidmatan iaitu SST.


Katanya, cukai GST membolehkan negara kita memperolehi jumlah pendapatan sebanyak 41 billion pada tahun lepas manakala dijangka tahun ini jumlah GST dijangka sebanyak 42 bilion. Beliau juga turut memaklumkan jumlah eksport negara pada penggal pertama berjaya dipertingkatkan iaitu melebihi 20 %, sebahagiannya adalah sumbangan cukai GST.


Tegasnya lagi, terdapat beberapa juta pekerja asing di negara kita tetapi golongan tersebut tidak perlu bayar cukai. Namun selepas pelaksanaan cukai GST, pekerja asing juga turut tidak terlepas daripada GST, jumlah kewangan itu secara tak langsung menguntungkan negara kita.


Sekiranya kerajaan melaksanakan sistem bayaran cukai GST seawal 20 tahun atau 30 tahun, ekonomi negara kita akan menjadi lebih kukuh dan kuat berbanding sekarang.


Rakyat harus sedar cukai GST bukan hanya merupakan cukai untuk barangan dan perkhidmatan, tetapi ianya membolehkan barangan eksport negara kita menjadi lebih berdaya saing, tambah Datuk T Subromaniam.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
benda yang bermanfaat memang wajar diteruskan...tak kiralah tukar kerajaan pun..cuma umpama jilat balik muntah la kan...kemain lagi bangkang sebelum ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:30 PM | Show all posts
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:44 PM | Show all posts
mmg aggak mustahil untuk dihapuskan. Tapi harapnya bagi la pengecualian GST untuk barang2 macam susu formula (sekarang step 2kebawah  je yg xkena gst) & lampin pakai buang untuk bayi dan orang dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik rakyat aje kena sedar...
Kerajaan bila nak sedar...
Ulang2 situ gak
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ugut nampak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa rakyat Malaysia tk gembira dengan gst mcm negara luar?
Malah banyak yg gst lebih tinggi.

Apa yang tak kena dengan gst malaysia? Atau ia sebenarnya ok tp rakyat, macam biasa, diracun oleh pembangkang?

Atau sebenarnya rakyat terlalu terpengaruh dengan janji AmatMaslan "gst boleh menurunkan harga barang" sedangkan ia tak berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak kisah GST ni...asalkan duit tu balik semula ke rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg gst skrg penting utk govt...sbb givt tak pandai create opportunity cari income mcm govt dulu. Senang saja...pekena rakyatlah utk dpt income
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:04 PM | Show all posts
tak mugkin pembangkang akan tarik gst.. benda yang bagi benefit takkan nak tolakkan.. akhirnya sama aje belake..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cer tukar sekali..klu x dpt ms pembangang..mesti dapat bila pemerintahan kembali kpd BN semula..

well..u all know BN mcm mana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Gst tu ok lah kalau nak support govt..cuma income tax tu boleh tak claim ot, bonus, claim travel expenses takyah di potong sama..kesian taw kat kami ni. Potong lah basic jer..at least dgn keadaan sekrg ni ringan sikit beban kami
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:50 PM | Show all posts
so nilah alasan terbaik utk undi BN   ....  utk kasi kak mah jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
So, kena undi BN sampai mampos?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau guna untuk rakyat oklah ... jangan lah songlap atau untuk kepentingan politik..,
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 03:02 PM | Show all posts
dah lama tanya ni tapi x jumpa jawapan..duit kutipan gst tu pergi mana ya..hehheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gst bwh ph xpe tp gst bwh bn rakyat susah sket nak terima sbb tau bn byk songlap duit, kalu kjaan msia bagus beretika xde rasuah dan amanah mcm kjaan kapir sweden norway bagai rakyat xkesah kalu gst sampai 15% sekalipun malah dialu2kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 03:10 PM | Show all posts
Sp kata gst bole turunkn hrga brg?mmg la pmbgkg jd gomen pn xknhapuskn gst..pmbgkg pn x nafikn..so kata gst bole turunkn hrga brg..betul ka??
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 03:22 PM | Show all posts
Susah la nak hapuskan...kena tukar sistem balik semula....makan kos...lagilah rugi...

Bangkang mmglah nagkang sebelum dibuat...
Tapi kalau dah buat....susah la nak tarik balik

Apa yang pembangkang boleh buat...
adalah pengurusan duit GST tu dgn lebih baik...
Mungkin lebih banyak barang dpt pengecualian GST.
Atau mungkin boleh turunkan jadi 5% jerr.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakatan Harapan berkuasa kelak ikan sardin dalam tin tak dikenakan GST.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069405 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list