CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 2

Permohonan Reman 3 Suspek JJPTR Dibenarkan Mahkamah Majistret Taiping

[Copy link]
Post time 22-5-2017 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Majistret di Taiping hari ini membenarkan permohonan reman terhadap tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) termasuk pengasasnya, Johnson Lee Chong Sen.


Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Sharifah Izura Syed Mashor.


Memetik laporan Bernama, ketiga-tiga suspek yang berumur antara 28 dan 29 tahun direman selama dua hari sehingga esok.


Peguam, G Jaya Prem dan Mohd. Shukri Ahmad Mansor berkata, ketiga-tiga anak guam mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis di Kamunting berkaitan kes penipuan pelaburan berjumlah RM4,700.


Terdahulu, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membebaskan kesemua lelaki yang berusia 28 hingga 29 tahun itu dengan jaminan polis.


Penipuan skim pelaburan JJPTR dipercayai telah mengaut keuntungan RM1.7 bilion hasil wang yang dilaburkan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- CARI

sumber : Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 06:54 PM | Show all posts
risk reward ratio. scam 1.7 billion.. cuci habis..

duduk dalam jd muflis sekejap je..

kat malaysia scammer ni dah satu kerjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal nak blurkan muka tu?  Kat ntv7 terpampang muka apek nerd tapi penipu. Dah keluar penjarà nnt kaya x payah kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.243675 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list