CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7610|Reply: 56

Baru Hari Pertama Masuk Kerja, Barang Kemas RM50K Lesap!

[Copy link]
Post time 25-5-2017 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Amboi, baru hari pertama dah berani mencuri barang kemas. Paling tak boleh hadam apabila mencuri di tempat kerja sendiri.


Menerusi akaun rasmi Facebook (FB) kedai emas berkenaan, mereka menanggung rugi hampir RM50,000!













Dalam kejadian jam 6 petang di kedai emas Goldfinch cawangan Tesco Kulim semalam, suspek didakwa mencuri barang kemas berkenaan ketika rakan setugas ke bilik air.

"Ketika staff kembali dari bilik air, dia beritahu dia nak pergi makan, tapi sebenarnya dia melarikan diri," tulis pengendali FB Kedai Emas Goldfinch.


Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek menyembunyikan barang-barang kemas berkenaan ke bahagian dalam lengan bajunya.








Pihak kedai berkenaan menawarkan wang ganjaran berjumlah RM3,000 kepada sesiapa yang dapat membantu mereka menjejaki suspek.


Foto: FB




Pelbagai reaksi diperoleh daripada netizen yang rata-rata mempersoalkan kecuaian staff dan majikan kerana terlalu mempercayai suspek.

"Macam mana nak cari kalau tak ada kad pengenalan. Senang-senang saja bagi kerja.

"ertama kali kerja dah bagi pegang kunci dan tinggal di kedai sendirian. Memang bongok la, details pekerja pun tak lengkap," komen netizen.






Foto: FB





Pengajaran buat kita semua. Jangan terlalu mudah percayakan seseorang terutama jika mahu mencari pekerja. - CARI









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu je pakai tudung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:04 PM | Show all posts
cakap org bongok mmg senang..sebab lum kena atas muka sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai. Bodohnya kak. Mana ko nak lari dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jelas sangat muka dia..tak lama dapat lah tangkap tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Perrgghhh...
Dasaaatttttt....
Hati kering akak ni berani mati.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2017 01:23 PM | Show all posts
berani la aih
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap je membongokkan org. Ni bkn kali ptama pekerja bertukar2 kot. Mmg ade ssetengah majikan yg tpaksa serahkan bulat2 urusan menjaga kedai kat pkerja. Tp dlm kes ni mmg mencari nahasla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 01:27 PM | Show all posts
berani mati gilo, hang tak tau ke kedai emas ada cctv. mendapatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:36 PM | Show all posts
Takkan dia tak tahu langsung kat kedai tu ada CCTV? Memang berani mati la hakak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya..kenapa la kau mencuri emas dik ooi...kan ke lagi mulia kau mencuri hati abang je.
Hm..ah..ah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:52 PM | Show all posts
errr... takpe ke siarkan nama penuh dengan no tepon pompuan tu?
dengan gambar video bagai..
tak aib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Brani mati minah ni. Kene tangkp jgn nanges plak sis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 02:19 PM | Show all posts
berani sangat ni!~
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 02:22 PM | Show all posts
mohOn akak ni dikenakan tindakan sewajarnya! org lain nk curi kemain planning berbulan2, bawak pistol pakai topeng, gadai nyawa kalau pak guard tembak, ambik risiko polis tangkap dan tembak mati, ko senang2 mcm ni je????? macam haram!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat cekap kau mencuri kak. Good luck la nak selamat lama mana pun!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepampang muka..hd pulak tu..bongok tul
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 02:46 PM | Show all posts
femes jap minah nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 03:08 PM | Show all posts
Dah diviralkan cam ni tak lama lagi tertangkap le tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 03:11 PM | Show all posts
muka lawa, cantik... muda...

tapi... mencurik...

50K tu dik... adoii sedap la shopping raya ni kan

50K = anggaran 300gm emas ada kot?  syabas betey syabbas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.068989 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list