View: 1750|Reply: 10
|
Sindiket Dadah Campak Ganja RM1.8 Juta Ke Dalam Laut
[Copy link]
|
|
Gara-gara terkejut dengan kehadiran seumpulan pemancing tempatan di perairan Pulau Cupu, Langkawi, tiga lelaki yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa membuang 629 ketul ganja mampat ke dalam laut.
Dadah yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta itu ditemui terapung kira-kira 6.5 batu nautika di Barat Daya Pulau Cepu, oleh sepasukan anggota Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sedang melaksanakan Ops Satria.
Memetik laporan Harian Metro, ketulan ganja mampat tersebut diikat berbentuk kotak dan dibalut kemas dengan plastik hitam.
Foto: Berita Harian
Ketua Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar, berkata, “Terdahulu, tiga penjenayah yang menaiki bot nelayan kelas B tanpa nombor pendaftaran dilaporkan mencampak bungkusan plastik hitam ke dalam laut selepas terserempak dengan sekumpulan pemancing.
"Berdasarkan maklumat awam itu, sepasukan anggota APMM menaiki bot Petir 81 dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan menemui bungkusan mengandungi ketulan mampat daun kering yang disyaki ganja."
Rampasan ganja itu adalah yang terbesar bagi APMM Wilayah Utara sejak dua tahun lalu dan dipercayai cuba diseludup dari negara jiran untuk untuk pasaran di negara ini.
“Bagaimanapun, motif penjenayah mencampak bungkusan ganja ke laut masih disiasat dan tiada tangkapan dibuat kerana penjenayah sudah melarikan diri sebelum ketibaan anggota APMM," katanya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Lol rugi3, mesti seumur hidup menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknye orang makan ganja di malaya |
|
|
|
|
|
|
|
fuyoh 10 tahun punya bekalan tu |
|
|
|
|
|
|
|
patut la ikan naik harga |
|
|
|
|
|
|
|
cari la deols sampai dapat! lagikan mayat dh jd debu polis boleh jumpa kat banting? inikan pula org hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
wow ruginye
bak mai sepeket |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik rugi dr kena tgkap |
|
|
|
|
|
|
|
bole dieorg tinggalkn mcm tue jer...bgs laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg sebenarnya taknak seludup ganja tu tapi kena paksa. Tu pasal diorg campak dlm laut. (bersangka baik... hihihi) |
|
|
|
|
|
|
|
Pejam mata je la time jatuh tgh laut tu yer {:thief |
|
|
|
|
|
|
| |
|