View: 1140|Reply: 1
|
Bertindak Mengutuk Kerajaan, Satu-satu Akhbar Harian Bebas Digantung Bahrain
[Copy link]
|
|
sumber: Reuters
Berikutan didapati telah menghina ‘kemesraan yang terjalin antara negara-negara Arab’, kerajaan Bahrain dilaporkan bertindak menggantung penerbitan satu-satunya akhbar harian bebas di negara itu, al-Wasat.
Memetik laporan agensi berita BNA, ini merupakan kali kedua akhbar berkenaan digantung sepanjang tahun ini.
Sementara itu, BNA turut memetik kenyataan Kementerian Penerangan Bahrain yang mengatakan, tindakan al-Wasat yang mengulangi penerbitan artikelnya ‘boleh memecah belahkan masyarakat serta memberi kesan (negatif) terhadap kerajaan Bahrain dan negara-negara lain’.
Setakat ini, kementerian itu bagaimanapun tidak memperincikan artikel yang dimaksudkan itu serta alasan sebenar penggantungan penerbitan akhbar terbabit.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita biasa negara Arab. Negara Arab dan pemerintahan kuku besi ibarat isi dan kulit |
|
|
|
|
|
|
| |
|