CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2826|Reply: 31

[Tempatan] Kempen baca Quran dalam tren komuter

[Copy link]
Post time 11-6-2017 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Nuzul Quran yang akan berlangsung esok, kira-kira 60 belia mengadakan kempen membaca al-Quran di dalam tren komuter membabitkan laluan Seremban, Shah Alam dan Batu Caves. Kempen yang berlangsung kira-kira jam 4.30 petang tadi bermula di Stesen Sentral Kuala Lumpur itu adalah anjuran Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Islam Malaysia (PEMBINA).

Ketua Biro Islamiyat ISMA, Omar Kasim berkata, kempen itu dijayakan di bawah Program Quran Sana Sini dan diadakan bersempena sambutan Nuzul Quran. "Kempen membaca al-Quran di dalam komuter ini pertama kali diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membaca al-Quran ketika menaiki pengangkutan awam. "Ini sebagai mesej permulaan untuk membiasakan pembacaan al-Quran ketika dalam pengangkutan awam kerana kebiasaannya masyarakat lebih terbiasa melayari Facebook, mendengar muzik atau bermain permainan dalam telefon pintar.

Untuk program ini, kita pecahkan ahli melalui tiga laluan iaitu Seremban, Shah Alam dan Batu Caves supaya kempen ini dapat dicapai secara meluas," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu. Omar berkata dengan kerjasama PEMBINA, usaha untuk menggalakkan orang muda menyertai kempen itu dilihat berjaya kerana mendapat sambutan daripada sebahagian besar mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2017 07:43 PM | Show all posts
baca alquran tak semestinya keluar suara.. baca alquran tak semestinya guna kitab alquran boleh guna smartphone.jadi xde masalah nak baca dalam ktm
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je yg bc Quran dlm train kot ... X naik train x tau......
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt ada la komen tutttt tuuttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kempen yg bagus..sambil baca then boleh bertadabbur sekali dgn melihat gelagat manusia dan keindahan alam sepanjang perjalanan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kempen yang bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai baca Quran dlm train...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mirebus at 11-6-2017 10:43 PM

ada je yg baca Quran dlm tren. sbb selalu je nampak org baca.. kadang2 dorang pegang yg Al-Quran ada terjemahan tu tak pun direct dari phone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2017 10:44 PM | Show all posts
Sokong baca yang terjemahan.

Paling koman 10% takkan tak faham. Sambil tu jangan lupa pikir.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-6-2017 10:44 PM
Sokong baca yang terjemahan.

Paling koman 10% takkan tak faham. Sambil tu jangan lupa pikir.

baca terjemahan,  bukan bahasa arab dah,  mana dpt pahala
walaupun tak difahamai,  kena baca yg bahasa arab,  baru dpt pahala...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 11:09 PM | Show all posts
sekngucing replied at 11-6-2017 10:58 PM
baca terjemahan,  bukan bahasa arab dah,  mana dpt pahala
walaupun tak difahamai,  kena baca yg b ...

dapat pahala tapi kekal ignorant forever.... khatam quran 80 kali tapi apa isi haram tak tau...



Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-6-2017 11:09 PM
dapat pahala tapi kekal ignorant forever.... khatam quran 80 kali tapi apa isi haram tak tau...

...

itu tak berapa penting.. yg penting lenghok bacaaan dan grammar kena betul... kalau baca terjemahan,  mana grammar dia?  seolah olah membaca buku
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 11:28 PM | Show all posts
sekngucing replied at 11-6-2017 11:25 PM
itu tak berapa penting.. yg penting lenghok bacaaan dan grammar kena betul... kalau baca terjemaha ...

boleh ja buat macam lagu nasyid....



Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 11:55 PM | Show all posts
Satu kempen yang bagus. sambil baca kuat kuat boleh lah berkata dalam hati kepada kafir kafir laknatullah yang ada dalam train yang akan melihat sesambil kekaguman: " Now only you know we are who!"

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla tu..nk tunggu tren ktm celaka ni tiba..satu juzuk pun bleh habis
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:34 AM | Show all posts

comeynye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-6-2017 10:44 PM
Sokong baca yang terjemahan.

Paling koman 10% takkan tak faham. Sambil tu jangan lupa pikir.

Berfikir?? Nak fikir baik baca buku sains dan..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 12-6-2017 12:06 AM
Bagusla tu..nk tunggu tren ktm celaka ni tiba..satu juzuk pun bleh habis

Aduh lawak..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 12-6-2017 12:06 AM
Bagusla tu..nk tunggu tren ktm celaka ni tiba..satu juzuk pun bleh habis

      mohon bertenang & bertendang yea masa tunggu ktm celaka tu    
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:40 PM | Show all posts
apasal tak baca bahan ilmiah lain? sains evolusi pun ok   
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106071 Replies : 4838
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 31583 Replies : 8
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6977 Replies : 12
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41961 Replies : 84
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33213 Replies : 77
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 8457 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.297580 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list