View: 2234|Reply: 13
|
Tuduhan Mencuri, Bekas Pembantu Rumah Aliff Syukri Mengaku Tidak Bersalah
[Copy link]
|
|
sumber : Harian Metro
Bekas pembantu rumah pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan berjumlah lebih RM1,500 milik isteri jutawan terkenal itu, bulan lepas.
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang juga seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sundari mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Berdasarkan pertuduhan, Sundari didakwa mencuri tiga utas gelang emas berjumlah RM1,509.14 milik Datin Nur Shahida Mohd Rashid di sebuah rumah di Kampung Damai, Kuang pada 4 pagi, 18 Jun lepas.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul 'Ain Shafie tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh adalah warga asing. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Pada 20 Jun lepas, media melaporkan jutawan kosmetik itu mengamuk apabila dia mendapat tahu beberapa pembantu rumahnya membuat pakatan mencuri wang dan barang berharga miliknya bernilai RM100,000.
Kes itu menjadi viral selepas Aliff Syukri memuat naik lima video menunjukkan tindakannya menyoal siasat pembantu rumah selain rakaman beliau mengheret wanita itu ke Balai Polis Sungai Buloh.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kata ade bideo masa bibik ni mencuri pun x ngaku lagi |
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk mahkamah dah,
ok la bibik, dok free, xpayah keje |
|
|
|
|
|
|
|
eleh tak mampu lah tu nak hire bibik. sebab tu bibik gigih tak mencuri burung hantu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian pulak nengok videonya masa kena marah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kan 3 gelang tu nilainya seribu lebih je?halus naw2 ke? Mcm x logik lak nilai gelang tu..iols punya halus je seutas pn dh lebih dr nilai dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar cerita Dato Aliff Syukri nak sponsor buat filem berdasarkan kisah benar Aman Shah hacker bank tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai baju sama hari kena tangkap hari tu
Ala depot tahanan warga asing milik imigresen. Mereput ko spender dan baju 2 minggu tak salin. Sis pernah ke Depot masa pekerja yindia kawan sis kena tahan. |
|
|
|
|
|
|
|
nie baru sorang...
ade lagi yg akan didakwa ke... |
|
|
|
|
|
|
| |
|