CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1731|Reply: 11

Lagi Kebakaran Di London: Kali Ini Di Destinasi Pelancongan Terkenal, Camden Mar

[Copy link]
Post time 10-7-2017 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Tidak lama sebelum ini, sebuah kondominium pernah berlaku kebakaran yang menyebabkan lebih 30 nyawa mengalami kematian.


Kini tidak sampai sebulan, berlaku lagi satu kebakaran di salah satu destinasi pelancongan terkenal di London iaitu Camden Market.







Memetik laporan BBC, kejadian tersebut berlaku pada hari Isnin kira-kira jam 12.10 tengah malam waktu tempatan.


Jurucakap jabatan bomba London memaklumkan, sebaik sahaja terima panggilan daripada orang ramai, sebanyak 10 buah kenderaan bomba dan lebih 70 orang anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian untuk bantu memadamkan api.


Difahamkan, pihak berkuasa menjadikan sekitar lokasi kejadian sebagai kawasan larangan untuk orang awam berikutan sebuah bangunan tiga tingkat telah dijilat api.


Namun, mujurnya kejadian berlaku pada tengah malam yang memperlihatkan tiada perniagaan dijalankan di pasaraya, jadi setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.


Menurut saksi, api merebak dengan pantas, tambahan pula terdapat restoran di dalam pasaraya, jadi rata-rata bimbang berkemungkinan berlaku letupan pada bila-bila masa sahaja.


Camden Market adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Britain, pernah berlaku kebakaran pada tahun 2008 di kawasan tersebut sehinggakan pasaraya berkenaan terpaksa ditutupkan buat beberapa bulan.- CARI

sumber : BBC

sumber : BBC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 02:20 PM | Show all posts
terbakar lagi... kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 02:29 PM | Show all posts
aduhhh apelah masalahnya...terbakar plk
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 02:31 PM | Show all posts
cash  lagi ke sister?.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 02:45 PM | Show all posts
Bangunan lama masaalah litar pintas ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 02:58 PM | Show all posts
emmmm..tinggal kenangan jelah nanti
dah tak boleh dah lepak cuci mata kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2017 03:35 PM | Show all posts
teringat cita london has fallen..layan tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cepheid at 10-7-2017 08:36 PM

Camden ni area macam pprt sikit. Kedai rapat-rapat. Tak tau lah kenapa orang suka pergi sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik xde kemalangan jiwa..suey betul kota london ni lately
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cepheid replied at 10-7-2017 03:40 PM
Camden ni area macam pprt sikit. Kedai rapat-rapat. Tak tau lah kena orang suka pergi sini


org malaysia suka pi sini..sebab mudah dpt ganja...selamba jer jual open antara stesen camden dgn pasar camden tu...20 pound jer...paket kecik...perghhhh..nyum nyum

lg satu harga fridge mgnet sini boley fight dgn area bayswater
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cepheid replied at 10-7-2017 03:40 PM
Camden ni area macam pprt sikit. Kedai rapat-rapat. Tak tau lah kena orang suka pergi sini

Kalau ummah tanah air Sogo dan Jalan TAR la.

Selera orang British ni lebih kurang juga yg dengan orang Malaysia.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 01:04 PM | Show all posts
dekat london ni kalau berlaku kebakaran memang akan dapat liputan meluas ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067968 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list