Bagi menyelamatkan seorang wanita warga emas yang melintas landasan, seorang konduktor kereta api bertindak terjun dari kereta api yang mengakibatkan dirinya kehilangan kaki kanan.
Memetik laporan mStar, lelaki yang berusia 29 tahun itu dikenali sebagai Xu Qiankai itu dikatakan sempat menarik brek kecemasan sebaik mengesan wanita berusia 65 tahun sedang melintas landasan.
Selain cuba menarik perhatian wanita itu dengan menjerit dan membunyikan wisel, namun tindakannya tidak dipedulikan wanita itu yang difahamkan bermasalah pendengaran.
Biarpun berjaya menyelamatkan wanita tersebut dengan menolaknya dari landasan, namun kaki kanannya tidak sempat ditarik keluar dari landasan dan akibatnya digilis keretapi.
Kemudian, Xu kelihatan terbaring di atas tanah dalam keadaan sakit tetapi masih sedar untuk memeriksa keadaan wanita itu.
Kemudiannya dia dibawa ke hospital dan doktor terpaksa memotong kaki kanannya bagi menyelamatkan nyawanya.- CARI
Post time 10-7-2017 05:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kawan aku ,bapak dia excident 2 hari sebelum hari raya aritu..pak dia tercampak keluar dari van.
Mula2 doc potong bawah lutut tpi pendarahan tak berhenti so potong lgi smpai paras peha.
Setiap tempat ada je orang baik dan orang jahat. Ni contoh orang baik yang gigih berusaha menyelamatkan nyawa orang lain walaupun diri sendiri yang akhirnya tercedera. Moga tokey ketapi tetap memberikan beliau pekerjaan walaupun dah mengalami kecacatan.