View: 1137|Reply: 1
|
Tayang Filem Gay Dikecam, Penangpac Terpaksa Akur Tukar Filem Cinta
[Copy link]
|
|
Akibat menerima kecaman di media sosial, penganjur Performing Arts Centre di Pulau Pinang (Penangpac) yang pada asalnya ingin menayangkan sebuah filem yang didakwa berunsur gay terpaksa akur dan menukar kepada filem percintaan ala Romeo dan Juliet yang berjudul West Side Story.
Memetik laporan akhbar Utusan Online, difahamkan filem asal berjudul Lost in Paradise adalah sebuah filem mengisahkan cinta tiga segi antara tiga lelaki berlatar belakang sindiket pelacuran seks sejenis di Ho Chi Minh.
Selain berunsur gay, dilaporkan juga dalam filem tersebut terdapat banyak babak yang memaparkan lelaki kacak yang bertubuh sasa dan beraksi dalam posisi yang mengghairahkan.
Filem tersebut pernah dianggap filem gay pertama yang dihasilkan di Vietnam dan telah ditayang di Festival Filem Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2011.
Difahamkan juga beberapa badan bukan kerajaan merancang mengadakan bantahan malam ini jika pihak penganjur tetap berdegil menayangkan filem asal itu.- CARI
sumber : Malay Mail Online |
|
|
|
|
|
|
|
kemain tajuk "west side story"....eheheh
mat saleh amerika pun runsing jgk...skit2 lgbt...kata mereka wal hal golongan lgbt ni 4% je kat amerika..
women's right pun dpt backsit treatment je banding dgn lgbt rights ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|