Lagu Permata Cinta nyanyian Aiman Tino memang sudah meletup-letup sebelum ini dan sekarang lagu tersebut dinyanyikan semula dalam versi Korea.
Video nyanyian oleh penyanyi Korea Selatan, Kim Dong Gyun yang telah dimuat naik di Youtubu sejak Februari lalu berjaya menarik perhatian ramai.
Menurut media Hiburan, ramai peminat meminta agar lagu tersebut dijadikan sebagai lagu OST untuk drama Korea.
Tak kurang juga yang meminta Kim Dong Gyun untuk menyanyikan semula lagu Sejati oleh Faizal Tahir, Lelaki Teragung oleh Dayang Nurfaizah dan banyak lagi.
Kim Dong Gyun, Foto: Harian Metro
Tapi biasalah, ada pula yang memberikan komen kurang enak mengatakan nyanyiannya dalam bahasa Melayu kedengaran agak pelik.
Kim Dong Gyun sebelum ini juga pernah menyanyikan semula lagu Sayang, Sudah Ku Tahu dan lain-lain.
Jom layan video. Apa komen anda? -CARI
|