|
|
sumber : The Guardian
Seorang jurugambar dikenali sebagai David Slater berjaya mengambil gambar swafoto seekor monyet ketika berkunjung ke Sulawesi, Indonesia.
Kemudian gambar tersebut mula menjadi hangat diperkatakan dan menjadi tular di internet pada 2011 sehingga menimbulkan masalah buat Slater.
Memetik laporan The Guardian, ini kerana blog Techdirt dan Wikipedia bertindak menggunakan imej berkenaan tanpa kebenarannya pada 2014.
Sehubungan itu, Slater menggesa kedua-dua pemilik blog berhenti menggunakan gambar swafoto tersebut kerana tegas Slater itu adalah hak miliknya.
Bagaimanapun, kedua-dua pemilik blog tersebut enggan berbuat demikian atas alasan gambar yang digunakan mereka tidak memiliki hak cipta memandangkan ia dirakamkan oleh monyet berkenaan.
sumber : The Guardian
Kemudian, mereka memfailkan saman ke atas Slater bagi pihak monyet berkenaan melalui Pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta).
Dalam pada itu, Pejabat Hak Cipta AS menyatakan pada 2014 bahawa mereka tidak dapat memberikan hak cipta kepada haiwan.
Dalam pada itu, pada 2016, seorang hakim telah mengambil keputusan bahawa monyet itu tidak boleh memiliki hak cipta kepada swafoto tersebut.
Sejak itu, kes itu diserahkan kepada mahkamah rayuan persekutuan AS untuk didengari semula.
Mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) mendengar kes sama ada seekor monyet boleh mendapatkan hak cipta ke atas gambarnya, sementara Slater menonton prosiding itu menerusi penstriman langsung dari rumahnya di England.- CARI
sumber : The Guardian
|
|