Sesiapapun yang bergelar pekerja pasti tidak boleh mengelak dari mengambil cuti sakit dan juga cuti kecemasan.
Namun kekerapan mengambil cuti pasti menimbulkan keraguan besar buat seorang bos jika alasan yang diberi hampir sama atau mungkin mencurigakan.
Ya! Memang beruntung jika dapat bos yang tak banyak songeh dan lurus bendul. Tetapi jika dapat bos yang cerdik dan tegas, memang "masalah besarlah" kalau pekerja tersebut menipu dan sengaja mereka-reka alasan untuk ponteng kerja.
Mari kita baca kisah yang dikongsikan oleh saudara Shafiq Nasaruddin mengenai pekerjanya yang kantoi menipu kerana nak ponteng kerja.
Menurut Shafiq, pekerjanya memaklumkan bahawa tayar motosikalnya pancit dan terpaksa datang lewat ke pejabat. Merasa curiga melihat gambar tayar motosikal sebagai bukti yang dihantar oleh pekerjanya melalui WhatsApp, Shafiq terus membuat pencarian di Google dan hasilnya amat mengejutkan.
Inilah realitinya pe'el anak muda sekarang.
Nak menipu majikan tak kena gaya.
Ingat depa ja pandai Google ka?
Sekali aku Google, nah! Kantoi!
Bagi cuti panjang, kaku terus.
Kawan-kawan jangan ikut pe'el tak senonoh macam ni ya.
Bos bos ni korang nampak je macam naif, tapi dia ada instinct yang kuat.
#takperluviral
Siapa pernah buat macam ni baik mengaku cepat! Apa pun, jadikan kisah ini sebagai teladan. Jangan sesekali menipu kerana kalau dah kantoi memang terus "bercuti panjanglah" jawabnya. Bak kata pepatah Melayu, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". - CARI |