CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4154|Reply: 29

Kasihan! Aliff Punya Pasal, 'Faris' Yang Kena Hentam

[Copy link]
Post time 1-8-2017 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Alahai kasihan pula kat abang ni. Tak fasal-fasal dia pula yang 'dapat nama' gara-gara nombor telefonnya tertera pada status Twitter Aliff Aziz.




Foto: Harian Metro




Hebat betul tempias drama membabitkan penyanyi dan pelakon itu ya, sampai orang luar diseret bersama dalam kontroversinya.


Memetik Harian Metro, gara-gara status ‘Jangan nak kecam sangat, siapa tak puas hati call saya’ ditulis Aliff Aziz itu membuat hidup Mohd Faris Mohd Ali, 30, menjadi tak tenteram asyik diganggu haters Aliff.




Foto: Twitter




"SAYA bukan Aliff Aziz, tolong berhenti hubungi nombor telefon saya."



"Saya mula terima gangguan pada 5 pagi semalam (Ahad) dan tak tahu apa-apa sehinggalah tunang saya beritahu yang nombor saya sudah disebarkan.

"Ada yang masukkan saya dalam kumpulan Whatsapp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang tertera dalam Twitter itu bukan nombor Aliff. Bagaimanapun, sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook (FB) dan buat laporan polis," katanya kepada Harian Metro.


Kerana tak betah diganggu, Faris membuat laporan di Balai Polis Sepang dan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Ahad.







"Satu azab saya rasa sebab panggilan tak henti-henti sehingga menyukarkan saya untuk menjalankan perniagaan.

"Nombor itu memang saya khaskan untuk urusan perniagaan sejak saya gunakan dua minggu lalu," jelasnya.


Siapa tahan apabila berterusan 'digasak' orang tak dikenali disebabkan kesalahan yang langsung tak bersangkut paut dengan dirinya.

"Kepada anda di luar sana, tolonglah berhenti ganggu saya. Kepada tukang sebar, tolong jangan menyusahkan orang lain.

"Sebab anda, saya yang terseksa. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang kongsikan nombor telefon saya di media sosial," katanya.




Foto: Siakap Keli




Lain pula ceritanya dengan Aliff yang menafikan dirinya membuat status berkenaan.

“Saya akui itu akaun saya tetapi akaun itu sudah digodam oleh individu tidak bertanggungjawb. Saya tidak tahu mengenai Twit (status) itu.

“Saya hanya sedar bila dah tular dan keluar di Twitter. Akaun itu digodam oleh orang lain dan lagipun saya sudah lama tidak aktif di Twitter.

“Kenapalah sampai nak sebarkan nombor telefon orang lain. Jadi, kepada individu tidak bertanggungjawab itu, sila pulangkan akaun itu kepada saya,” katanya.


Rata-rata netizen meminta Faris untuk menyaman Aliff kerana telah menyebabkan kekacauan dalam hidupnya.

"Saman Aliff Aziz dengan orang yang maki dan ugut awak.

"Ade juga yang bodoh call?" antara komen netizen.






Foto: FB Siakap Keli




Fuh, hebat betul drama membabitkan Aliff Aziz. Kepada mereka yang masih 'menghantui' hidup Faris tu, sudah-sudahlah ya. Kasihankan dia yang hanya menjadi mangsa keadaan, okey? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 11:34 AM | Show all posts
Kesiannya. Siapa la yang berdendam dengan heols ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya brader ni, tak pepasal dia pun kena tempias.{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 11:44 AM | Show all posts
x psl2 pemes weyyy
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 11:47 AM | Show all posts
kerana seorang aliff
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 11:56 AM | Show all posts
nasib la bro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 hal. X memasal jadik mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 12:05 PM | Show all posts
Cepat-cepat save nombor. Nak jugekks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 12:16 PM | Show all posts
Bagus le dah buat polis report
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 12:20 PM | Show all posts
syadq replied at 1-8-2017 12:05 PM
Cepat-cepat save nombor. Nak jugekks

dah tunang la, tak baik kacau tunangan org, berdosa tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 12:23 PM | Show all posts
kesian. mmg merimaskan bila org dok call2 ganggu tak henti2 sampai susah nak jalankan urusan harian...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:09 PM | Show all posts
harrypoter replied at 1-8-2017 12:20 PM
dah tunang la, tak baik kacau tunangan org, berdosa tau

Alaa..nak ajak karoks jer lahh  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada pompuan birah yang msg dengan harapan aliff ajak ngesek...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.. Faris jugak yang femes..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 02:21 PM | Show all posts
syadq replied at 1-8-2017 01:09 PM
Alaa..nak ajak karoks jer lahh

nti kena serang ngan nunang dier camaner haa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 02:24 PM | Show all posts
yg gigih g call nak maki tu sibuk sgt hal rumah tangga orng
si bella tu wat lek wat peace je maafkan suami dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahai kesiannye,apehal la dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 03:55 PM | Show all posts
org lain buat..org lain jadi mangsa....cian kat abg ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 04:03 PM | Show all posts
disebabkan alip gatey kontol, byk org lain yg terbabit jadi susah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 04:08 PM | Show all posts
acc kena hacks pulekssss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 407992 Replies : 8499
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 63208 Replies : 546
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 25778 Replies : 14
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 5191 Replies : 8
Video tular menunjukkan tangan Netanyahu terketar-ketar dan tertekan semasa berucap di televisyen mengenai ancaman terhadap Iran
YgBenarVideo tular menunjukkan tangan Netanyahu
Views : 6441 Replies : 5
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
maklukpenggodaLima produk kosmetik dikesan mengandungi
Views : 9276 Replies : 39
Abang terlantar di Hospital Korea Selatan,keluarga buntu dan terdesak perlukan 200k untuk bawa pulang ke Malaysia
YgBenarAbang terlantar di Hospital Korea Selata
Views : 25089 Replies : 55
Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan Lelaki Malaysia Gaji RM3,000.Cinta dan keikhlasan lebih penting daripada jumlah gaji yang diterima
YgBenarGadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan
Views : 26955 Replies : 12
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103461 Replies : 5627
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105086 Replies : 1645

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.127067 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list