"Tidak dinafikan ada yang berani menyatakan sedia bermadu dan meluahkan perkara itu
di ruang mesej di laman sosial. Kadang-kala saya tidak pasti apakah ia sekadar gurauan
atau mereka benar-benar maksudkan?"
Memetik BH Online, pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid akui ada peminat sanggup tawarkan diri sebagai isteri keduanya walaupun sedar statusnya sebagai suami orang.
Hisyam, 32, bagaimanapun tidak mengendahkan godaan para wanita yang diluahkan secara terbuka di laman sosial itu, sebaliknya dia akan memadamkan mesej berkenaan jika dilihat terlalu melampau dan boleh mengakibatkan salah faham.
"Namun, terbabit dalam bidang ini, saya anggap godaan itu sebagai ujian, selain berusaha menetapkan iman agar tidak tergelincir. Paling utama adalah nawaitu kerana saya bekerja demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak," katanya.
Tambahnya, dia tiada masa melayan semua itu yang dianggapnya sebagai satu perkara remeh.
Foto: IG Hisyam Hamid
"Masa saya banyak dihabiskan untuk bekerja dan bersama keluarga. Saya mohon dijauhkan daripada semua itu," ujarnya.
Amboi, terdesak sangat kaum Hawa ni nak jadi isteri kedua Hisyam. Apa pandangan pembaca? - CARI |