CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7250|Reply: 56

Isteri Tak Pernah Dirai, Kenapa Beria Sambut 'Birthday' Wanita Lain?

[Copy link]
Post time 22-8-2017 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Isteri mana tak berang kalau suami sendiri berbelanja membeli kek hari jadi untuk wanita lain sedangkan ulang tahun kelahiran isteri di rumah tak pernah diraikan. Mestilah panas, weh!


Tak pasal-pasal dua wanita 'berperang' dengan suami mereka kerana berhabis duit untuk seorang kerani wanita di tempat mereka bekerja.








Seorang isteri dari Melaka yang tak tahan diperlakukan begitu oleh suaminya meluahkan perasaan menerusi laman Facebook (FB) Kisah Rumah Tangga.

"Hari ini birthday birthday 'kerani' tu dan dia memuat naik sebuah status di FB berserta ucapan terima kasih kerana menyambut ulang tahun kelahirannya di pejabat.

"Dia tag nama suami dan kawan baik suami yang membeli sebiji kek Secret Recipe, piza dan KFC," tulisnya.


Memang panaslah si isteri ni kerana hari jadinya sendiri pun tak pernah dismabut macam tu sekali.

"Makan pakai anak bini pun terkadang tak terbeli, inikan pula nak sara kerani tu," tambahnya.


Dek kerana panas hati, kedua-dua wanita berkenaan bersemuka dengan kerani terbabit, malangnya kerani itu seperti langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang dah berlaku.

"Dia senyum dan gelak-gelak, tapi tidak meminta maaf atau rasa bersalah, sebaliknya dia seolah-olah bangga sebab suami kami belikan dia makanan," tulisnya.








Berdasarkan luahan wanita terbabit, kerani berkenaan sudahpun berkahwin dan memiliki seorang anak.


Pelbagai reaksi diberikan netizen berhubung perkara itu. Malah, ada yang menyifatkan tindakan wanita terbabit 'berlebihan'.

"Cuba positif sikit, lainlah kalau yang belikan tu suami awak seorang. Kebetulan pula, FB suami korang je yang dia tahu.

"Bukan nak kecam. Tapi kan dia cakap birthday bini pun x buat macam tu. Ni kerani timbang kot," antara komen netizen.









Foto: FB Kisah Rumah Tangga




Ada yang kata wanita terbabit cemburu membabi buta. Betulkah? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian bini memasing dpt laki bangang mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami kdg tak sensitive.. ikut suka dia nak wat apa.. pompuan byk mkn hati.. bertabahler..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 02:03 PM | Show all posts
kesian tgk jenis2 bday pun meminta2 org sambutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu dalam rezeki suami ada terselit utk anak isteri.. kurang ajar punya suami..hi awak (si isteri) klu u baca ni I nak bagitau u ..lain kali kalau laki u tidur u cari dompet dia & curi duit dia brapa2 yg u perlu.. I pernah dengar ceramah ustaz ni kt youtube dia kata tak apa kalau isteri curi duit suami yg jenis mcm ni lah.. tapi tak sempat cari tengok nama ustaz tu coz laki I terus tukar lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 02:09 PM | Show all posts
gatai dua2 ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau laki iols mcm ni mmg nahas laa kau, dasar tolol. .
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Selidik dulu brp org terlibat dlm bday preparation tuh, sape kluar duit, sape yg beria2, baru lancarkan perang..
Kalau me bday sndrik pon malas nk celebrate, bday org lain pon kdg2 lupa nak wish, nak beria2 utk bday org mmg xde makna la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 02:44 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 22-8-2017 02:03 PM
kesian tgk jenis2 bday pun meminta2 org sambutkan...

ramai je grup2 jenis meminta org lain buat besday dia....patutnya lagi afdhol kalau birthday boy/girl yg kuarkan duit belanja kawan2 makan....

mmmm adakah di zaman akan dtg nnt, bila org nak buat birthday party anak, akan minta2 duit dari sedara dan rakan2
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 02:50 PM | Show all posts
tp kalau kat ofis aku ni ada jerk yg celebrate besday kawan2..
kongsi ramai2..ikut la turn masing2..
ntah2 macam tu kut...
x kira la kat ofis ni suami org ker/istri org..
dgn pasangan sendiri x tau la..dia org kisah ke x kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal berlaki dahla weyy
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 03:14 PM | Show all posts
mak yang bermati matian melahirkan masa tarikh tu dulu...yang g selebrate anak dia watper
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 03:27 PM | Show all posts
tinggalkan jerla jantan macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 03:46 PM | Show all posts
stahu i  harga kek secret recipe sebijik skrg makin mahal
ade sesape bleh rekomen kek2 yg sedap tp harga 50% less dari harga kek secret recipe x?

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang ada yang psyco..sendiri bawak keluar duit sendiri trima kasih kat orang lain acah2 orang celebrate besday dia.. aku harap kategori tu laa..sian La weh dapat somi tak celebrate birthday bini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:12 PM | Show all posts
haha

teringat laki kawan aku, perangai babi mcm laki ahkak2 ni la.. fb bini p block sb merenyam dgn pompuan lain kt msnger.. dh la miskin.. gaji kecik.. dapat gaji terus tunjuk duit dalam dompet kt fb ig.. kalau sembang mmg nk merenyam saja, nak beli rantai besar kt awek la, nk beli kereta la.. padahal minyak motor ngan duit makan pun bini yang tanggung sampai hujung bulan.. kedana punya jantan xsedar diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jorja: Betul lah tu dalam rezeki suami ada terselit utk anak isteri.. kurang ajar punya suami..hi awak (si isteri) klu u baca ni I nak bagitau u ..lain kali  ...

Yup ni kisah hindun dgn abu sufian. Ye hindun yg bunuh hamzah r.a bapa saudara nabi tu. Si abu sufian ni pun kedekut jg so hindun pun jumpa rasulullah bagitau masalah dia yg dia mencuri dia laki dia sebab kedekut sangat
Lalu rasulullah kata takpe sebab seorang suami wajib beri nafkah. Lainlah kalau suami tu selalu beri nafkah tapi isteri plak boros berbelanja dan suka curi duit suami maka haramlah untul curi duit suami tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 04:58 PM | Show all posts
kerani timbang tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 05:00 PM | Show all posts
kata kek secret recipe tapi nape
alas kek tu yang macam jual
kat kedai bakeri biasa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 05:10 PM | Show all posts
itu pon jdi isu ke, apa ke miskin sgt laki ko tu hahaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.080750 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list