Sedapnya petang-petang kita mengeteh sambil makan popia di hadapan televisyen. Kalau kita melayari Internet, pasti kita dapat lihat terdapat pelbagai variasi popia yang sudah diolah mengikut cita rasa masing-masing, kan?
Untuk itu, apa kata petang ini kita buat popia tauhu yang menjimatkan tetapi tetap enak selain berkhasiat!
Foto: Vemale/A.sriwijayanti
Bahan:
15 helai kulit popia
3 biji tauhu
3 biji telur
Daun bawang secukupnya, dihiris nipis
4 biji bawang merah, dihiris nipis/kisar
2 ulas bawang putih, dihiris nipis/kisar
1 sudu teh lada sulah
Gula dan garam secukupnya
Minyak goreng
Cara membuatnya:
1. Hancurkan tauhu dengan garpu
2. Pukul telur
3. Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan tauhu dan masak sehingga air tauhu kering
4. Masukkan telur dan kacau rata kemudian masukkan gula, garam serta lada sulah
5. Masak sehingga telur separuh masak, masukkan daun bawang (matikan api jika rasa sesuai selera)
6. Isi inti tauhu ke dalam kulit popia dan lekatkan kulit menggunakan putih telur
7. Goreng popia tadi sehingga keperangan sebelum diangkat dan ditos lebihan minyak
Foto: Youtube Kokiku Tv
(Nota: Anda boleh campur kesemua bahan inti dan gaul rata jika tidak mahu ditumis terlebih dahulu. Kemudian bungkus dengan kulit popia seperti biasa, lalu digoreng)
Siap dihidang dengan sos kegemaran anda! Ralit makan popia ini sambil menonton rancangan kegemaran sampai tak sedar dah habis. Selamat mencuba semua! - CARI
Kredit resipi: Vemale/A.sriwijayanti |