Eee, geramnya banyak sangat lalat bertandang apabila makanan dihidang atas meja. Rimaslah!
Foto: Kompas
Ha, tipulah kalau ada yang tak kisah bila lalat menyinggah di ruang makan terutama di bahagian dapur.
Kalau nak menyembur racun serangga selalu pun, tak elok juga untuk kesihatan isi rumah. Pula tu, bukan dia tahan lama kan? Baru sembur, sekejap lagi datang lagi!
Foto: http://www.702.co.za
Anda rimas dengan situasi ini? Apa kata cuba dulu tip ajaib dari Puan Fauziah Samad ini! Caranya mudah sahaja, anda hanya memerlukan limau nipis dan bunga cengkih.
Foto: blog aulasobresaude
Ikutlah kreativiti anda mahu menggubahnya bagaimana, apa yang penting cara ini sememangnya mudah lagi menjimatkan!
Foto: fitrihadi.com
Selepas ini, tiada lalat yang akan berani singgah ke makanan mahupun bunyi nyamuk berdendang di tepi telinga anda! - CARI |