View: 1472|Reply: 13
|
UPSR Diadakan Mulai Hari Ini, 443,794 Calon Ambil Bahagian
[Copy link]
|
|
sumber : Berita Harian
Mulai hari ini hingga hingga 18 September ini, seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017.
Kementerian Pendidikan memaklumkan menerusi satu kenyataan di laman webnya bahawa sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara, melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan.
Memetik laporan Berita Harian, daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta.
Semua calon diingatkan membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar, kata Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, Lembaga Peperiksaan mengingatkan calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Jadual waktu tersebut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.oe.gov.my.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir setengah juta kau. Selamat berjaya semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Gud Luck adik2 . bwt yg trbaik ! |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck adik2.. tahun ni kita tgk berapa % dpt full A; adakah 1% lagi atau meningkat |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck adik2 yang menduduki upsr tahun ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
2 org anak sedara meols antara calon upsr tahun ini. semoga mereka dpt menjawb dengan tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lps plg sikit dpt A kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lps plg sikit dpt A kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ank aku balik exam mkn banyak pastu tido
Buka fb tgk ank kawan pun gitu
Mesti penat jawab paper BM
Soalan sekarang jenis pusing2 bagi pening je |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya.. Sekejap je setahun.. Tahun lepas anak sulung periksa upsr. Ni dah dekat hujung tahun form 1.. Cepat betul masa berlalu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|