|
|
Sekali tengok mesti tak perasan Gigi Hadid berjalan dengan hanya sebelah kasut sahaja, kan?
 Foto: Vogue/REX FEATURES
Kemalangan kecil memang tak dapat dielakkan dalam mana-mana pertunjukan fesyen.
Bagaimanapun, berbeza dengan Gigi yang begitu yakin, megah dan bergaya berjalan memperagakan pakaian daripada Anna Sui di pentas New York Fashion Week pada Isnin.
Video: Youtube TMZ
Langsung tak kelihatan seperti seseorang yang berjalan menggunakan sebelah kasut tumit tinggi, kan?
Nampak tak bagaimana dia menjengketkan kakinya untuk menyeimbangkan tubuh berjalan dengan sebelah kasut sahaja? Memang 'pro' habislah!
AOLmelaporkan, tali kasut tumit tinggi di kaki kanannya terputus menyebabkan kasutnya tertanggal di awal catwalknya.
Tak ramai menyedari insiden itu sehinggalah di penghujung peragaan apabila Hadid bergantung pada adiknya, Bella Hadid untuk menamatkan pertunjukan fesyen berkenaan.
Foto: Vogue/REX FEATURES
Aww, manis saja kan dua beradik ni? Tahniah Gigi, anda memang supermodel hebat! - CARI |
|