|
Kalau rasa anda ada duit lebih dan tak tahu nak digunakan untuk apa, boleh rasanya nak cuba ais krim mewah “Billionaire Soft Serve”.
Jangan lupa singgah ke Snowflake Gelato di pusat membeli belah Selfridges kalau berkunjung ke London untuk cuba sendiri ais krim kon terbaharu ini.
Foto: IG Snowflakegelato
Nak tahu harganya? £99 atau lebih kurang RM548. Amboi, mahal betul! Ada emas ke dalam tu?
Ya tepat sekali! Memang ada emas di dalamnya dan ini adalah antara elemen-eleman lain yang menyebabkan ais krim seberat 350 gram ini mahal:
1. Gelato karamel masin.
2. Kon buatan tangan yang dicelup ke dalam coklat gelap Madagascar yang jarang ditemui.
3. Batang pipet dan sfera gelato yang diisi ekstrak buah mangga, halia dan markisa.
4. Truffle coklat putih Belgium yang diisi sos karamel masin.
5. Macaron raspberry yang dihiasi dengan coklat putih dan berlian tulen yang boleh dimakan.
6. Helaian dedaun emas 24 karat.
7. Batang coklat yang dibalut dengan daun emas.
8. Sudu coklat dengan emas.
9. Kacang pecan yang dikaramelkan.
Foto: IG Snowflakegelato
Masa yang diambil untuk menyiapkan kesemua elemen ini adalah selama empat jam, tapi jangan risau kerana semuanya sudah disediakan lebih awal lagi.
Bagi yang nak mencuba, anda hanya perlu menunggu selama 15 minit sebelum dapat menikmati ais krim 'orang kaya' ini.
Foto: IG Snowflakegelato
Kalau ada rezeki lebih bolehlah cuba, tapi jangan biarkannya sampai cair. Takut kalau menitik, rasa macam nak menangis pula mengenangkan harganya. -CARI |
|